Khir Toyo mahu tebus kesilapan lalu selepas enam bulan dalam penjara

June 12, 2022 · Politik

Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Khir Toyo, yang berusaha untuk kembali dalam dunia politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, nampaknya telah bermuhasabah diri, selepas menghabiskan enam bulan di penjara kerana rasuah.

Dalam temu bual dengan Mkini yang diterbitkan hari ini, doktor gigi itu, yang kini berkecimpung dalam perniagaan makanan, menyifatkan masanya di penjara sebagai sukar, tetapi beliau telah mengambil pengajarannya dan kini mahu menebus kesilapan lalu.

“Pengalaman saya memberikan saya kesempatan untuk memikirkan terlalu banyak yang perlu dibetulkan, supaya kita tak membazir duit rakyat, supaya kita tak mensia-siakan orang yang buat silap.

“Dalam hidup ini semua orang buat silap. Tapi how big is the mistake? Dan saya rasa sama ada silap itu sengaja ataupun tidak, itu persoalan kedua.

“Tapi yang penting macam mana kita perbetulkan kesilapan itu, macam mana kita terima kesilapan itu dan macam mana kita betulkan diri kita untuk menghadapi cabaran masa depan. Itu yang paling penting,” katanya kepada portal berita itu.

Dr Khir disabitkan kesalahan pada 2011 kerana menyalahgunakan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu dan Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk membeli dua bidang tanah dan sebuah rumah banglo di Seksyen 7, Shah Alam di bawah harga pasaran pada 2007.

Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan. Beliau kemudian merayu hingga ke Mahkamah Persekutuan tetapi kalah.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya hanya menghabiskan enam bulan di penjara dan diberi pembebasan awal dengan parol pada September 2015.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, dan ahli politik UMNO itu berminat untuk bertanding pada PRU akan datang dan dilaporkan mengintai kerusi Parlimen Sungai Besar pada kali ini.

Bagaimanapun, Khir berdepan tentangan daripada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menyifatkannya supaya tidak perlu membuat ‘come back’ sebaliknya ‘go back’ jika berhasrat bertanding pada PRU akan datang.

Jamal sebaliknya menawarkan kerusi Parlimen itu kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sekarang ini disebut-sebut akan bertanding pada PRU akan datang.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Nazri desak dedah status hasil siasatan klip audio Anwar-Zahid
June 24, 2021
Keluar parti jadi MP Bebas kemudian sertai parti lain ditafsir lompat parti?
March 28, 2022
Zahid masih tak insaf kalah teruk, kini dakwa DAP akur syarat UMNO tetapkan
December 6, 2022
Mat Sabu sudah tak tahan dikecam selepas bersama UMNO: Tuan Ibrahim
May 10, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok