Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi

September 13, 2022 · Politik

Tular senarai beberapa pemimpin akar umbi dan Ahli Parlimen UMNO yang akan mengikut Perdana Menteri (PM) ke Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di Amerika Syarikat (AS) pada 21 September ini.

PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan berlepas ke Amerika Syarikat bagi menghadiri persidangan antarabangsa dan tersebar dalam media sosial senarai beberapa nama dari UMNO yang akan mengikut rombongan tersebut.

Memetik Utusan Malaysia, seorang Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan mengesahkan akan bersama dengan PM dalam lawatan tersebut tetapi ia atas kapasitinya sebagai Ahli Dewan Negara dan menafikan ia sebagai satu usaha untuk melobi.

“Kebetulan saya Ketua Bahagian dan pada masa Senator, jadi ramai cakap saya ke UNGA kerana usaha lobi-melobi sedangkan ia perkara biasa sejak dahulu apabila Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Negara terlibat dalam rombongan ke luar negara.

“Malah segala penginapan ditanggung oleh Dewan Negara atas kapasiti dan kelayakan saya sebagai Senator, bukannya dibayar oleh Perdana Menteri dengan kononnya mengambil hati ketua-ketua bahagian UMNO,” katanya dipetik laporan.

Dalam pada itu, Jefridin menjelaskan, beliau dan delegasi akan menyertai pertemuan dua hala selain menyaksikan ucapan Perdana Menteri dalam UNGA sepanjang berada di AS.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pula menafikan senarai nama tersebut dan tidak akan mengikut delegasi PM tersebut ke New York nanti.

“Tidak benar senarai itu, entah mana dapat,” kata Setiausaha Agung UMNO itu.

Terdahulu, tular senarai nama dalam kalangan pemimpin UMNO yang menyertai delegasi AS ke AS bagi menghadiri UNGA pada hujung September ini.

Antara 10 pemimpin UMNO yang disebut dalam senarai itu adalah empat Ahli Dewan Rakyat dan beberapa nama yang menjawat jawatan di peringkat kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Cadangan PM bukan Melayu dibuat Kit Siang serlah imej sebenar DAP: PAS
December 16, 2023· Politik
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
7 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok