Ketua Bahagian Tangga Batu janji pertahan Zahid jika menang pemilihan MT UMNO

February 16, 2023 · Politik

Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad memberi jaminan akan mempertahankan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi jika memenangi pemilihan parti bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) nanti.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu itu berkata jika ahli akar umbi memilihnya sebagai salah seorang ahli MT pada pemilihan nanti, beliau akan mempertahankan Zahid daripada serangan dan kecaman selepas kekalahan memalukan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

“Saya bertanding jawatan Ahli MT ini juga atas desakan dalam kalangan pemimpin bahagian di seluruh negara dan saya menyahut cabaran ini untuk menawarkan diri.

“Saya sebagai seorang pemimpin yang lantang bersuara tidak mudah dibeli atau diperkotak-katikkan kerana berpegang kepada prinsip kebenaran.

“Jika dipilih sebagai Ahli MT, saya bersedia membantu Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah untuk mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Mohamad Ali yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka turut mengesahkan mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang disandang sejak 2018 dan bakal dicabar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin.

Untuk rekod, Zahid dan Mohamad sudah disahkan kekal menyandang jawatan Presiden dan Timbalan Presiden susulan usul tiada pertandingan bagi dua jawatan tertinggi parti itu yang diputuskan semasa Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin UMNO itu menerima kecaman dan kritikan hebat kerana tidak berani berdepan pertandingan.

Malah, Zahid juga mengambil langkah menjalankan pembersihan dalam UMNO apabila memecat dan menggantung beberapa pemimpin utama parti tersebut.

Antara yang sudah dipecat UMNO baru-baru ini adalah bekas Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Sementara bekas Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula digantung keahlian bersama-sama Shahril Hamdan yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO.

 

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pengundi sudah matang: Hamzah
October 17, 2022
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
PAS faham dan jaga semua kaum: Muhyiddin
March 5, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok