Kerajaan PH-BN pimpinan Anwar rosak, sucikan Kluster Mahkamah

December 3, 2022 · Politik

Kabinet yang diumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, dikaitkan dengan muflis moral kerana dianggotai individu terpalit dengan masalah moral, selain ‘terkenal’ dengan jolokan ‘Kluster Mahkamah’.

Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, pengumuman Kabinet berkenaan menggambarkan seolah-olah cubaan untuk memperalatkan rakyat yang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), dengan jelas menolak ‘Kluster Mahkamah’ dan kleptokrat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, menegaskan kerajaan baharu yang dinaungi Pakatan Harapan (PH) sepatutnya mengangkat pemimpin yang mendahului kepentingan rakyat, termasuk mementingkan nilai moral, integriti serta akauntabiliti, bukannya mengatasi kepentingan peribadi.

“Pengumuman pembentukan Kabinet malam tadi tiada apa yang mengejutkan. Kerajaan rosak pimpinan Anwar benar-benar telah muflis moral apabila kluster mahkamah yang selama ini rakus mengamalkan rasuah dan menyalahgunakan kuasa diangkat ke Kabinet.

“Sebaliknya, Anwar telah mencampakkan segala nilai moral, prinsip, integriti serta akauntabiliti ke tong sampah demi kuasa dan takhta. Ini suatu lagi bukti jelas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang politikus matlamat menghalalkan cara, yang sanggup menggadaikan apa sahaja demi kuasa.

“Saya anggap ini adalah satu lagi usaha Anwar untuk mensucikan kluster mahkamah. Saya semakin bimbang sekiranya kes-kes perbicaraan membabitkan kluster mahkamah akan terganggu,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pembentukan Kabinet baharu yang turut menyenaraikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Terdahulu, Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Anwar telah menggadai prinsip tata kelola yang baik sebagaimana dijajanya ketika kempen PRU-15 apabila melantik kleptokrat menganggotai Jemaah Menterinya.

Menurut Muhyiddin senarai Jemaah Menteri itu adalah barisan Kabinet paling mengecewakan dalam sejarah negara apabila seorang yang telah dipanggil membela diri terhadap 47 pertuduhan jenayah rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram di mahkamah dilantik sebagai TPM.

Mengulas lanjut, Wan Saiful berkata pelantikan itu pasti membuatkan pengundi yang menyokong PH kecewa kerana individu yang terkait Kluster Mahkamah tetap diangkat sebagai menteri.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Anwar merangkap Pengerusi PH yang tidak selari dengan perjuangan reformasinya selama ini.

“Saya juga kasihan pengundi UMNO-BN kerana segala laungan mereka telah dijual sebegitu murah oleh Zahid yang mahu menyelematkan diri. Adakah UMNO masih relevan hari ini?

“Terbukti sekali lagi hanya Perikatan Nasional sahaja yang layak bercakap soal prinsip dan moral. Kami lebih rela menjadi pembangkang yang bermaruah daripada mengemis kuasa dan menjilat ludah sendiri sehingga tergamak menggadaikan prinsip perjuangan sepertimana dilakukan PH dan BN.

Sehubungan itu, Wan Saiful berkata kerajaan rosak pimpinan Anwar yang didalamnya mengandungi perasuah, penyamun, kluster mahkamah dan pendendam kepada penjawat awam, perlu dihukum.

“Kepada rakyat, Kerajaan rosak pimpinan Anwar Ibrahim, yang terkandung di dalamnya perasuah, penyamun, kluster mahkamah, serta pendendam kepada penjawat awam, perlu dihukum dengan seberat-berat hukuman dengan menolak calon PH-BN di DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai pada 7 Disember ini.

“Ketika PH-BN muflis moral, PN adalah satu-satunya wadah serta harapan buat rakyat Malaysia. PN mengangkat, memperjuang dan menjunjung tinggi imej serta ketrampilan politik baru yang bersih, stabil, segar serta berintegriti demi menghasilkan Malaysia yang makmur dan sejahtera untuk semua.

“Ayuh pengundi DUN Tioman dan Parlimen Padang Serai, demi negara jangan sia-siakan peluang ini,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok