Kempen Keluarga Malaysia telan belanja RM5 juta, Syed Saddiq pertikai

July 19, 2022 · Politik

Kerajaan sudah membelanjakan sebanya RM5 juta bagi melaksanakan kempen Keluarga Malaysia yang bermula sejak pentadbiran kerajaan baharu Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Peruntukan RM5 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan itu diletakkan di bawah sektor pembangunan Pelan Komunikasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030/Keluarga Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abd Latiff Ahmad di Dewan Rakyat.

Menurut Abd Latiff ia juga sedang dalam proses perolehan merangkumi pelbagai aspek termasuk pengiklanan dan promosi.

Kempen tersebut dijalankan melalui pelan komunikasi, brosur, video pendek, rakaman audio, slot televisyen, medium percetakan dan media sosial.

Soalan berhubung kempen Keluarga Malaysia itu ditanya Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil yang meminta kerajaan menjelaskan kos keseluruhan untuk kempen Keluarga Malaysia.

Untuk rekod konsep Keluarga Malaysia diperkenalkan Ismail Sabri selepas dilantik secara rasmi menjadi PM.

Bagaimanapun, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertikaikan kos keseluruhan yang dibelanjakan kerajaan bagi mempromosikan Keluarga Malaysia.

Meskipun perbelanjaan itu untuk penyediaan bahan kreatif, video pendek, audio, percetakan, media sosial dan papan iklan, beliau berkata, banyak persoalan timbul berhubung kos bajet tersebut sama ada perlu dibelanjakan sebanyak itu atau sebaliknya.

“Dalam keadaan ekonomi yang tenat dan juga bila kos sara hidup yang tinggi, perlu ke kita perbelanjakan wang sebanyak ini demi propoganda kerajaan? RM5 juta itu bukan lah sikit.

“Perbelanjaan duit rakyat ini, kena lah berhemah. Bayangkan berapa banyak keluarga yang boleh ditolong menggunakan duit sebanyak ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Syed Saddiq, pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk membelanjakan peruntukan sebanyak itu dengan berhemah.

Katanya, ia meliputi bantuan subsidi minyak masak, bantuan subsidi kos tanggungan rumah tangga B40, bantuan laptop dan tablet untuk pelajar dan bantuan kos sara hidup bagi mahasiswa-mahasiswa yang makin rasa terjerat dengan kenaikan kos kehidupan.

“Dengan kos sara hidup yang makin meningkat, kenapa lah kerajaan ini tidak berbelanja dengan bijak? Pakai duit untuk memperkasakan rakyat lebih baik dari untuk berproganda,” jelasnya.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
Khaled tak tanding kerana takut kalah tapi kata Bersatu tak kuat
January 29, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
4 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
24 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok