Kempen ajak orang ramai keluar mengundi PRN Johor akan diperluaskan

February 19, 2022 · Politik

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menggiatkan usaha bagi memastikan sasaran 70 peratus rakyat keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac depan, tercapai.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata KKMM melalui pelbagai agensinya akan melaksanakan kempen kesedaran mengenai kepentingan mengundi termasuk menerusi media sosial, menurut laporan Bernama.

“KKMM akan mengadakan kempen berhubung perkara ini melalui internet, (aplikasi) WhatsApp dan sebagainya. Di samping itu, melalui Jabatan Penerangan kita ada program ‘Info on Wheels’ yang akan minta orang ramai mengundi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Santai Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Felda Bukit Besar di sini hari ini.

SPR menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian, dengan penamaan calon pada 26 Feb manakala pengundian awal pada 8 Mac.

Terdahulu Zahidi turut mengedarkan 300 set dekoder MYTV kepada penduduk Kampung Felda Bukit Besar, dan menurutnya, 2.3 juta set dekoder itu telah diedarkan kepada penduduk di seluruh negara bagi tempoh 2017 hingga 2019.

“Ini termasuk 244,786 set dekoder MYTV diedarkan di Johor yang melibatkan 14,631 set di Parlimen Tenggara (bagi tempoh sama),” katanya.

Berita berkaitan
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023· Isu semasa
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023· Politik
SPR jangka 70 peratusan keluar pengundi pada PRK Kemaman esok
December 1, 2023· Isu semasa
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023
Pemimpin AMANAH gesa tukar ketua pembangkang, aura Anwar hilang
August 22, 2021
Lagi Politik terkini
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok