Kekal sokong Muhyiddin walaupun dua MP Bersatu sokong PMX: Hamzah

November 2, 2023 · Politik

Sokongan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terjejas susulan tindakan dua Ahli Parlimen berpaling tadah menyokong kerajaan campuran, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Bersatu itu berkata semua Ahli Parlimen Bersatu kekal menyokong Muhyiddin dalam mengetuai parti tersebut dan memberi jaminan usaha untuk memecahbelahkan parti tidak akan berjaya.

“Seluruh Ahli Parlimen Bersatu kekal istiqamah bersama kepimpinan Presiden Muhyidin Yassin dan sebarang cubaan pihak luar untuk memecah-belahkan kesatuan parti melalui tindakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Labuan tidak akan berjaya.

“Justeru, Bersatu tidak akan berkompromi dengan sebarang salah laku disiplin dalam kalangan ahli, khususnya membabitkan Ahli Parlimen mahu pun ADUN,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam kenyataan itu juga, Hamzah berkata badan pimpinan negeri mengambil alih pengurusan Bahagian Kuala Kangsar dan Labuan serta-merta ekoran tindakan dua Ahli Parlimen tersebut menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 30 Oktober lalu, Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengikut jejak Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid yang menyatakan sokongan kepada Anwar dengan masing-masing sedia berdepan tindakan daripada parti mereka.

Dalam pada itu, menurut Hamzah lagi, Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin dilantik sebagai Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan, berkuatkuasa serta-merta menggantikan Suhaili.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok