Kalau polis siasat Zahid lagi teruk dia kena: Tajuddin

April 9, 2021 · Politik

Langkah Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat laporan polis berhubung klip audio tular sangat berisiko sekiranya siasatan dijalankan bagi meneliti ketulenan rakaman itu, kata Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata implikasi lebih besar akan dihadapi Zahid dan ia bakal mengundang lebih banyak masalah terhadap dirinya jika didapati klip audio tersebut adalah tulen.

“Kalau betul buat report polis lagi bahaya. Polis siasat balik ke dia, lagi teruk Zahid kena,” katanya ketika dihubungi.

Zahid dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikaitkan dalam klip audio berdurasi empat minit itu sebelum ini mengarahkan pegawai mereka membuat laporan polis berhubung penularan klip tersebut.

Bagaimanapun, sehingga hari ini pihak berkuasa masih belum menerima sebarang laporan polis daripada kedua-dua pemimpin tersebut.

Jelas Tajuddin, Majlis Tertinggi UMNO akan membincangkan isu berhubung klip audio tersebut dan memberikan nasihat kepada Zahid berhubung langkah seterusnya yang perlu diambil.

“Majlis Tertinggi pun mesti bincang dan buat keputusan dan saya percaya Zahid dengar segala macam kenyataan yang dibuat mereka ni,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Zahid ketika ini masih Presiden UMNO yang sah kerana masih mempunyai sokongan majoriti parti.

Zahid kini berdepan kecaman daripada pemimpin akar umbi UMNO yang secara terbuka mendesaknya supaya meletak jawatan selepas penularan klip audio tersebut.

Beberapa pemimpin utama UMNO sudah mendesak Zahid meletak jawatan secara terbuka, antaranya veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Nazri Aziz dan beberapa pemimpin bahagian yang lain.

Terdahulu, Agenda Daily melaporkan satu klip audio suara mirip Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok