Kalah dua kali di Pulai, Nur Jazlan yakin dapat yakinkan ahli UMNO sokong calon PH

August 27, 2023 · Politik

Datuk Nur Jazlan Mohamed yakin dapat menyakinkan ahli-ahli UMNO untuk menyokong calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai kali ini.

Nur Jazlan kalah dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) sebelum ini di Pulai, bagaimanapun kali ini memberi jaminan akan bekerja untuk membantu calon kerajaan campuran, Suhaizan Kaiat bagi memenangi dalam PRK tersebut.

“UMNO ada lain budaya, kalau perlu dipujuk saya kena pujuk, ada dua minggu untuk pujuk mereka, bukan segelintir mereka tidak mahu bersama tetapi mungkin ada keberatan untuk mereka sokong.

“Namun jika kita dapat pujuk mereka untuk sokong calon PH, kita akan capai kemenangan,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Nur Jazlan semalam melancarkan Bilik Gerakan P161 Pulai di Taman Perling malam tadi.

Sebelum ini tular kain rentang yang digantung di sini tertulis ‘Kami cawangan-cawangan UMNO Bahagian Pulai menolak calon PH’.

Selain itu, Nur Jazlan mengakui masih berasa kekok dengan kerjasama politik antara dua gabungan politik tersebut menerusi Kerajaan Perpaduan hari ini termasuk berucap atas pentas PH.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu turut tidak mahu menggunakan slogan reformasi kerana merasakan tidak lagi relevan sebaliknya tumpu kerjasama politik dua gabungan itu untuk melakukan perubahan positif dalam negara.

“Saya tidak mahu menggunakan ayat ‘reformasi’, saya tidak mahu mendengar ia lagi. Masa untuk reformasi sudah habis. Kini adalah masanya untuk mengubah haluan negara,” katanya yang merujuk slogan reformasi yang sering dilaungkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong PH.

Dalam perkembangan lain, Nur Jazlan menggesa pengundi khususnya masyarakat Cina di Parlimen Pulai untuk keluar mengundi kerana kunci kemenangan PH pada PRU-15 adalah kerana sokongan pengundi Cina.

“Kerusi ini nampak seperti kerusi mudah buat PH namun kemenangan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub adalah berdasarkan undi Cina tetapi kalau masyarakat Cina tidak datang undi 9 September ini, saya khuatir akan jadikan kerusi ini tergugat,” katanya.

Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan yang merupakan bekas Speaker DUN Johor dan pernah menggalas jawatan Setiausaha Politik kepada Salahuddin akan bertemu dengan calon PN, Zulkifli Jaafar dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu· Politik
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok