Jika SPRM adil, siasat juga akaun parti lain, kata Mursyidul Am PAS

February 5, 2023 · Politik

PAS mengingatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak melakukan siasatan berpilih dengan menyasarkan parti tertentu sahaja dalam menangani kes rasuah yang didakwa berlaku pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mursyidul Am PAS Datuk Hashim Jasin berkata siasatan sama juga perlu dilakukan terhadap parti-parti lain agar memberi keadilan kepada semua pihak sekali gus mengelak siasatan berpilih.

“Saya tidak mahu komen lebih, tetapi kalau boleh periksa semua parti politik bukan satu parti politik sahaja. Siasatan jangan terpilih.

“Kalau akaun parti Bersatu dibeku bagaimana dengan parti-parti lain? Kempen sememangnya memerlukan perbelanjaan bukan sekadar RM500 sahaja,” katanya.

Sementara itu, Hashim berkata, isu berkenaan tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS dan parti itu sentiasa bersikap terbuka terhadap sebarang siasatan.

Sebelum ini, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa tidak ada sumbangan dana politik yang dimasukkan ke dalam akaun parti atau akaun peribadi beliau setakat ini.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada sumbangan politik yang dimasukkan ke dalam akaun mana-mana pegawainya atau kakitangan Bersatu serta mana-mana pertubuhan yang beliau atau parti mempunyai kepentingan.

“Tidak ada sumbangan dana politik dimasukkan ke dalam akaun peribadi saya ataupun pegawai-pegawai dalam parti saya ataupun mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan… di mana saya mempunyai kepentingan atau yang saya taja dan sebagainya. Langsung tak ada,” katanya.

Selain itu, Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari pula mencadangkan SPRM menyiasat pihak yang mengutip derma pilihan raya, tetapi menggunakan akaun peribadi sendiri.

Tanpa merujuk kepada mana-mana parti atau pemimpin berkenaan, Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu juga tidak membantah sekiranya SPRM turut menyiasat akaun bank PAS.

Beliau dipercayai mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Isham Jalil yang mengalu-alukan tindakan SPRM menyiasat sumber dana parti Bersatu, termasuk membekukan akaun bank.

Isham dalam kenyataan dipetik daripada laporan NST berkata agensi anti rasuah itu juga perlu menyiasat dana sekutu rapat Bersatu, PAS.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
UMNO cuba jadi tukang atur dan besar kepala, kata Hadi
November 2, 2022
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
6 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok