Jika PRN Melaka dijalankan, tiada alasan pemilihan UMNO ditangguhkan

October 9, 2021 · Politik

Orang ramai mempersoalkan kewajaran pilihan raya negeri (PRN) Melaka diadakan ketika negara masih bergelut dengan penularan pandemik Covid-19, malah majoriti mengkritik keras tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianggap tidak kena pada masanya.

Persepsi di kalangan rakyat kini, mengapa PRN mahu dijalankan demi memuaskan hati orang politik walhal pemilihan UMNO pun ditangguh atas alasan kononnya bimbang virus membunuh itu akan menular kepada ahli-ahli parti yang perlu mengundi secara fizikal.

Bahkan, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan sendiri berkata keputusan penangguhan pemilihan dibuat memandangkan situasi semasa yang tidak mengizinkan ekoran jangkitan Covid-19 yang masih meningkat.

Namun, krisis politik di Melaka tidak pula melihat keselamatan rakyat dijadikan keutamaan apabila orang politik boleh bergaduh sesama sendiri demi kuasa semata-mata.

Lebih menghairankan lagi, kerajaan Melaka diterajui UMNO tumbang angkara wakil rakyat UMNO sendiri bertindak menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga daripada parti mereka sendiri.

Kesimpulannya, UMNO kini sedang bergaduh sesama sendiri dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat atau dalam erti kata lain ‘gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah-tengah’.

Rakyat tidak bersalah kini menjadi mangsa pergaduhan ahli politik UMNO. Nampaknya virus menjatuhkan kerajaan yang bermula di peringkat pusat sudah merebak ke negeri, angkara mainan UMNO.

Senarionya sedikit berbeza tetapi skripnya masih sama iaitu ketamakan kuasa.

Terdahulu, negara berdepan satu lagi krisis politik pada Ogos lalu ekoran tindakan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengepalai kumpulan 15 Ahli Parlimen (MP) yang menarik sokongan terhadap mantan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sejak daripada awal lagi, rakyat sudah menghidu krisis politik bakal tercetus selepas pendedahan klip audio tular antara Zahid dengan cikgunya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada April lalu.

Rancangan rapi antara anak murid dengan cikgu itu akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan akhirnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipilih sebagai PM Kesembilan.

Pada mulanya, rakyat beranggapan krisis politik negara akan berakhir dan tidak timbul lagi huru-hara dicetuskan ahli politik, namun jangkaan tersebut meleset apabila keadaan sama berlaku di Melaka.

Hanya watak dan pencatur drama politik sedikit berubah, namun Ketua Pembangkang, Anwar masih memainkan peranannya dalam krisis politik kali ini selepas pendedahan pertemuan dengan kumpulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi punca kejatuhan kerajaan Melaka baru-baru ini.

Lebih menarik, Anwar mengganggap mereka sebagai wira apabila berjaya menjatuhkan kerajaan negeri seperti yang didedahkan oleh ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee semalam.

Spekulasi semakin bertiup kencang adakah UMNO kini sudah lemah sehingga bertambah ramai pemimpin UMNO yang menjadi anak murid Anwar selain Zahid seorang sahaja.

Bahkan, Zahid langsung tidak mengkritik pertemuan dua ADUN UMNO yang bertemu Anwar baru-baru ini, adakah takut cikgunya itu berkecil hati.

Bagaimanapun, perkara yang paling ditakuti Zahid kini adalah sekiranya PRN Melaka dijalankan, ia berkemungkinan juga pemilihan UMNO turut boleh diadakan kerana tiada lagi alasan untuk menangguhkannya lagi.

Melaka merupakan negeri keempat terkecil dalam Malaysia dengan jumlah bilangan penduduk pada tahun 2020 dianggarkan sebanyak 932,700 orang, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.

Adakah hanya kerana perebutan kuasa politik di kalangan pemimpin UMNO, nyawa rakyat Melaka mahu dijadikan pertaruhan?

Pastinya, pengalaman semasa PRN Sabah wajar dijadikan pengajaran bagi mengelak peristiwa sama berulang sekali lagi.

Jika PRN Melaka tetap diteruskan tanpa menghiraukan suara rakyat, mungkin pemilihan UMNO juga wajar diadakan demi keadilan kepada jutaan ahli-ahli parti yang sudah letih melihat pemimpin atasan berebut kuasa.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
19 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok