Jika orang lain lantik anak sendiri, mahunya hari-hari disuruh letak jawatan

January 31, 2023 · Politik

Kerajaan campuran hari ini bukan sahaja menyaksikan pemimpin tertingginya menggunakan khidmat pengiring untuk ke mahkamah, malah melantik anak sendiri sebagai penasihat dalam kerajaan.

Sejarah juga sudah tercatat apabila Malaysia menjadi satu-satunya negara yang mempunyai pemimpin yang hadir ke mahkamah dengan mendapat layanan istimewa bersama-sama polis pengiring, kini satu lagi sejarah juga tercatat apabila anak sendiri dilantik dalam kerajaan.

Tidak pernah ada dalam pentadbiran Perdana Menteri sebelum ini melantik ahli keluarga untuk berada dalam kerajaan, bagaimanapun dalam kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ia dikecualikan.

Mungkin kerajaan sekarang ini perlu bertolak-ansur memandangkan memerlukan sesama satu sama lain.

UMNO juga tidak boleh bercakap lebih-lebih kerana Presiden mereka juga mempunyai kes mahkamah yang sedang dibicarakan tetapi masih diberi jawatan tertinggi, jadi dalam isu lantikan anak Perdana Menteri kali ini terpaksa juga menutup mata seolah-olah ia suatu perkara biasa.

Bagi pemimpin politik dalam kerajaan, ia boleh dianggap perkara biasa tetapi bagi rakyat keseluruhan ia adalah satu langkah cakap tidak serupa bikin apabila boleh sesuka hati melantik ahli keluarga dalam kerajaan.

Tidak kisahlah lantikan itu tidak salah daripada sudut perundangan, tetapi moralnya ia tetap salah.

Bukan dipertikaikan jawatan penasihat tersebut, tetapi yang menjadi pertikaian adalah individu yang dilantik tersebut.

Malah, istilah ‘nepotisme’ sendiri yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri semasa berada sebelah pembangkang dan apakah beliau sudah terlupa perjuangannya selama ini?

Bagaimana jika orang lain yang melantik anak sendiri bagi jawatan tertinggi dalam kerajaan, tidak dapat dibayangkan apakah reaksi yang akan tercetus selepas itu.

Mungkin hari-hari disuruhnya letak jawatan, kemudiaan berdemonstrasi dan menarik sokongan terhadap kerajaan.

Tetapi apabila diri sendiri yang melantik, secara tiba-tiba boleh pula dengan pelbagai alasan dan hujah diberikan semata-mata untuk mempertahankan keputusan tersebut.

Perkara ini yang sedang berlaku sekarang, orang lain tak boleh buat tapi dia boleh.

Jika amalan ini diteruskan, ia bakal memberi tempias kepada imej negara yang sudah pun tercalar sebelum ini angkara skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Seakan tidak mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu, kini nampaknya kerajaan ditadbir oleh seorang Perdana Menteri yang kononnya memperjuangan ketelusan melanggar prinsip asas integriti yang dilaungkannya sendiri.

Tidak terlambat untuk memperbetulkan keadaan dan janganlah terlalu ego sehingga tidak mahu menerima nasihat orang lain, kelak nanti dikemudiaan hari menyesal tidak sudah.

Kerajaan bukan sahaja perlu dilihat bersih tetapi perlu melaksanakannya, tidak cukup sekadar dengan retorik politik semata-mata.

Berita berkaitan
Najib kekal dalam penjara, mahkamah tolak permohonan semakan semula
3 jam lalu· Isu semasa
Program dialog disekat UiTM, Syed Saddiq bidas kerajaan campuran
6 jam lalu· Uncategorized
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
15 jam lalu· Politik
Kerajaan campuran halang saya hadiri program mereka, kata MB Kedah
March 29, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
March 31, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
6 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
17 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
17 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
18 jam lalu · Politik
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok