Jemput pelajar tahfiz ke konsert, Fadhli bidas penganjur tak sensitif

August 29, 2023 · Politik

Video tular dalam media sosial kehadiran sekumpulan pelajar sekolah tahfiz mengundang rasa kurang senang dikalangan orang ramai yang kecewa dengan penganjur konsert hiburan pada hujung minggu baru-baru ini.

Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan tindakan pihak tertentu menjemput pelajar tahfiz ke sebuah konsert yang diadakan pada Ahad lalu yang disifatkannya tidak sensitif sehingga mengundang rasa kurang senang orang ramai.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu kesal dan sedih apabila melihat perkara itu menerusi sebuah video yang tular di media sosial, baru-baru ini.

“Kepada pihak yang menjemput anak-anak tahfiz (jika dilihat kepada pakaian berjubah dan berserban) ke konsert KFC semalam, saya mohon sensitiflah sikit.

“Apa tujuan pergi hadap anak-anak pelajar agama ke konsert seperti itu? Apa nilai yang anda ingin sampaikan?

“Soal PM turut sama menonton tu terpulanglah, saya tidak mahu komen, boleh buat penilaian sendiri,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Difahamkan, kenyataan Fadhli itu dipercayai merujuk sebuah video yang tular di aplikasi TikTok yang memaparkan kehadiran sekumpulan remaja berserban dalam konsert KEPCI Music Fest di Shah Alam, kelmarin.

Konsert yang diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-50 KFC itu, dihadiri lebih 8,500 penonton termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
3 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
16 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan sedaya upaya tangani isu bekalan beras, kata PMX
16 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok