Jazlan bimbang MP UMNO tarik sokongan selepas lihat kejayaan PN dalam PRN

August 20, 2023 · Politik

Kejayaan Perikatan Nasional (PN) semasa enam Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu membimbangkan kemungkinan akan terdapat Ahli Parlimen (MP) UMNO akan tarik sokongan terhadap kerajaan campuran.

Seorang Ahli Majlis Tertingginya, Datuk Nur Jazlan Mohamed tidak menolak akan ada MP UMNO yang tidak yakin dengan kerajaan campuran ketika ini akan menarik sokongan dan boleh mencetuskan Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas ini.

“Buat masa sekarang ini saya percaya kerajaan campuran masih selamat kerana adanya Akta Anti Lompat Parti.

“Tapi tak tahulah kalau ada Ahli Parlimen UMNO yang sanggup nak letak jawatan dan cetuskan PRK lagi.

Sebab jenis ‘desperado’ politik ini, mereka sanggup buat apa saja demi nak penuhi hawa nafsu untuk berkuasa,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, sekiranya itu tidak berlaku maka Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih ada empat tahun lagi untuk menyakinkan pengundi bahawa Kerajaan Perpaduan adalah yang terbaik untuk negara.

“Jadi semua pihak dalam kerajaan campuran di semenanjung ini baik UMNO, PKR dan DAP perlu memikirkan bagaimanakah cara untuk berdepan dengan dakyah PAS serta PN (Perikatan Nasional) dan memastikan kerajaan hari ini dapat bertahan kukuh hingga habis penggal pentadbiran,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Nur Jazlan berkata, kesan daripada kemerosotan sokongan Melayu terhadap UMNO pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri adalah kesan daripada serangan cauvinis Cina dalam DAP dan cauvinis PAS.

“Sebab itulah apa yang saya nampak kesan jangka panjang PRU-15 dan PRN lepas adalah satu hasil yang boleh dianggap sebagai ‘by default’.

“Ini kerana walaupun DAP jadi parti paling cemerlang yang menang 46 kerusi daripada 47 yang ditandingi (98 peratus), namun kemerosotan jenama UMNO yang semakin merudum kerana serangan dari cauvinis Cina dalam DAP telah menggoyahkan UMNO sebagai benteng untuk menyekat kemaraan cauvinisme Pas yang jadikan agama sebagai modal politik.

“Dek kerana doktrin DAP yang mempengaruhi pengundi Cina untuk memilih satu parti sahaja membuatkan sejak lebih dua dekad akhirnya sudah memakan diri apabila pengundi Melayu juga dilihat sudah memilih untuk memberi undi mereka kepada satu parti iaitu Pas,” dakwanya.

Apatah lagi katanya, dengan imej UMNO yang semakin dirosakkan oleh musuh luar dan pihak dalaman sendiri membuatkan parti memperjuangkan Melayu dan dalam masa sama menjaga hak bukan Melayu semakin dipinggirkan.

“Jika keadaan kronik ini berterusan, maka DAP tiada pilihan lain kecuali mungkin mereka kena pilih PAS untuk membentuk kerajaan di masa depan.

“Sanggup dan beranikah DAP untuk rujuk semula dengan PAS yang telah ceraikan mereka puluhan tahun dulu?,” soalnya.

Ketua UMNO Bahagian Pulai itu berkata, nasib malang itu bukan hanya akan merugikan UMNO tetapi juga merugikan mereka yang selama ini sibuk menyerang parti sendiri dari dalam.

“Ini kerana kerosakan yang UMNO alami sekarang ini bukannya disebabkan oleh seorang pemimpin saja tapi jenama UMNO sendiri yang sudah dirosakkan oleh pelbagai faktor luaran dan dalam,” tambahnya.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok