Isu skandal seks, Exco Melaka tampil jelaskan dakwaan yang direka cipta

April 27, 2023 · Politik

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Melaka Datuk Rais Yasin sedang meneliti tindakan yang boleh diambil terhadap mana-mana pihak menyebar fitnah berkaitan dakwaan skandal seks dengan wanita membabitkan diri beliau.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka tanpa menyebut tindakan akan diambilnya berkata, langkah itu sebagai mempertahankan maruah diri dan keluarga daripada terus dikaitkan dengan perkara tersebut, menurut laporan Bernama.

“Saya anggap ini sebagai pertuduhan yang direka cipta memang betul-betul untuk menjatuhkan saya.

“Tetapi barang mahu (perlu) diingat, kepada sesiapa yang mereka cipta (dakwaan) ini, saya juga akan meneliti dan melihat bagaimana untuk saya mempertahankan diri saya dan mempertahankan maruah saya dan juga keluarga,” katanya kepada pemberita selepas meninjau Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang hari ini.

Mengulas tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikatakan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkaitan dakwaan rasuah seks sebagaimana ditularkan dalam tangkap layar aplikasi WhatsApp itu, Rais berkata beliau sedia dipanggil pihak berkuasa terbabit selepas ini.

“Insya-Allah kalau ada siasatan oleh pihak berkuasa saya akan beri kerjasama dengan penuh kerana saya kenal diri saya. Saya tidak melakukan apa-apa seperti yang dituduh dalam perbualan WhatsApp itu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad ketika dihubungi pemberita mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan seorang Exco kerajaan negeri itu terlibat dengan rasuah seks sebagai alasan untuk mendapatkan projek kerajaan.

Berita berkaitan
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023· Isu semasa
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
17 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok