Isham sedia berdebat dengan Zahid, dakwa dihalang berhujah dalam mesyuarat

October 9, 2023 · Politik

Kemelut dalaman antara penyokong kem Datuk Seri Najib Razak dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semakin terbuka kepada umum dan tidak dapat ditutup lagi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Isham Jalil yang umum mengetahui kecenderungan menyokong Najib bersedia untuk berdebat dengan Zahid secara terbuka berhubung isu kerjasama dengan DAP, tetapi meletak syarat dibuat secara terbuka bukan tertutup.

Isham berkata debat perlu diadakan bukan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang majoritinya adalah orang-orang yang dilantik Zahid.

“Jika saya berdebat di gelanggangnya dan “salurannya”, itu berat sebelah dan tidaklah bijak. Saya bukanlah sebodoh yang dia sangka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Isham berkata demikian merujuk wawancara Zahid dengan Berita Harian di mana dia dicabar untuk berdebat sekiranya ‘anak jantan’.

Kata Isham, Zahid dalam artikel tersebut merujuknya sebagai ‘bekas Ketua Penerangan’ yang ‘menang bertanding MT’ baru-baru ini dan “tidak sependapat dengan presiden”.

“Dia juga rujuk saya sebagai yang ‘tidak datang mesyuarat’.

“Dia suruh saya bentang dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk beri pandangan dan katanya bukan ‘berkokok di luar’.

“Apa yang dia tidak beritahu ialah sebelum ini (sebelum Pilihan Raya Negeri bersama PH) saya telah ingin bercakap dalam mesyuarat Majlis Tertinggi tetapi dia tidak beri.

“Apabila tiba giliran saya bercakap dia terus tutup mesyuarat tanpa beri saya berhujah. Apa guna saya datang mesyuarat jika hanya untuk ikut kehendaknya untuk endorse DAP dalam mesyuarat?” soalnya.

Justeru Isham berkata dia sedia meletakkan jawatan sebagai anggota MT sekiranya tewas dalam debat yang disiarkan secara langsung di hadapan akar umbi uMNO.

“Jika Datuk Seri menang saya akan letak jawatan. Jika saya menang, Datuk Seri boleh buat referendum parti, atau buat pemilihan Presiden, atau fikirkan apa yang patut dibuat oleh Datuk Seri. Itu jika Datuk Seri berani dan anak jantan,” katanya.

Dalam hantaran itu Isham mengakui dia tidak sependapat dengan Zahid selepas presiden Umno itu membuat keputusan berkerjasama dengan DAP dalam pilihan raya.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
18 jam lalu· Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
18 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok