Hasni tak dilantik semula MB Johor, Shahrir ‘malu’ janji tak ditepati

March 15, 2022 · Politik

Sangat memalukan apabila UMNO tidak menepati janji awalnya untuk melantik semula Datuk Seri Hasni Mohammad sebagai Menteri Besar (MB) sebaliknya akan memilih seorang MB yang baharu, kata Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir yang juga pemimpin veteran UMNO Johor menyifatkan ura-ura Hasni tidak dilantik semula dan akan digantikan dengan orang lain adalah “malu”, malah beliau sendiri mendapat perkhabaran tersebut secara bisik-bisik dan tidak disampaikan terus kepadanya.

“Mula-mula cerita itu sampai ke saya secara bisik-membisik. Saya hanya terdiam.

“Tadi, adanya kenyataan media oleh Hasni. Bahasanya teratur dan sungguh halus. Tapi ia mengesahkan secara tersirat akan ada pengganti kepada dirinya bagi jawatan Menteri Besar Johor. Malu saya,” kata beliau dalam satu hantaran di Facebook.

Jelasnya lagi, rasa ‘malu’ juga apabila sebelum ini beliau ketawakan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) serta sekutu yang tidak mampu menamakan calon MB mereka tetapi kini lebih UMNO pula tidak menunaikan janji untuk melantik semula Hasni yang juga merupakan “poster boy” Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“UMNO sudah pasti dengan Hasni sebagai Menteri Besar. Tapi itu tidak cukup kuat dan Umno Johor tidak mampu lakukan apa-apa.

“Jadi, saya malu hendak ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) hujung minggu ni. Boleh mendapat mandat rakyat, tapi tidak berupaya meletakkan ketua parti sebagai ketua kerajaan,” katanya lagi.

Beliau juga mengubah pendirian untuk tidak bercakap atas kapasiti Ketua Bahagian walaupun sepatutnya diberi peluang untuk berucap semasa perhimpunan bermula 16 Mac ini.

“Taklah sehebat mana UMNO Johor. Patut saya juga jurucakap UMNO Johor di PAU kali ini. Tapi kalau saya sudah malu nak ke PAU atas nama bahagian UMNO dari negeri Johor, tidak adalah saya nak cakap apa-apa pun.

“Maaf kepada rakan-rakan. Saya sungguh malu dengan apa yang sudah berlaku selepas sebuah PRN yang kita menang dengan begitu cemerlang sekali di bawah kepimpinan Hasni,” katanya lagi.

Spekulasi kuat mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi bakal dilantik sebagai MB baharu Johor, dan akan mengangkat sumpah jawatan tersebut selepas mendapat perkenal Istana Johor.

Perkembangan terbaharu itu menyusul gesaan Hasni sendiri dalam satu kenyataan media supaya BN memilih orang muda untuk memimpin Johor, walaupun beliau sebelum ini diangkat sebagai calon MB gabungan itu.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
4 jam lalu· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023· Politik
Popular
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
3 jam lalu · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
35 minit lalu
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok