Hasni masih berteka-teki tarikh PRN Johor, enggan jawab khabar angin

January 18, 2022 · Politik

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad terus mengelak apabila dirujuk mengenai kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina nanti.

Semasa diajukan mengenai perkara berkenaan, Ketua Badan Perhubungan Umno Johor itu hanya tertawa, dan menegaskan bahawa sebenarnya apa yang lebih penting adalah justifikasi mengapa pilihan raya itu perlu diadakan.

“Saya kira justifikasi kenapa PRN Johor perlu diadakan adalah lebih penting daripada bila patut diadakan (PRN). Itu lagi penting. Kita (kerajaan negeri) ada peraturan. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya…,” katanya lapor Bernama.

Hasni terdahulu merasmikan AirAsia Super Apps (AirAsia Ride, AirAsia Food, AirAsia Grocer dan AirAsia Express) hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai beberapa kenyataan pembangkang yang meminta supaya Hasni menamatkan khabar angin mengenai PRN, yang dikatakan mungkin akan diadakan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata sebagai Menteri Besar, beliau juga tertakluk kepada peraturan serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan tidak boleh sesuka hati mengisytihar atau menasihati Sultan Johor supaya membubar atau tidak, Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Tidak ada pihak yang perlu bimbang.. saya akan berpegang kepada peraturan yang telah ditetapkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor. Saya telah nyatakan bahawa dalam keadaan majoriti yang amat tipis ini, saya perlu sensitif kepada kestabilan kerajaan. Tidak boleh menganggap bahawa semua bersetuju, atau menggunakan bentuk-bentuk atau kaedah (tertentu) untuk mencapai keputusan,” katanya.

Beliau berkata dengan majoriti tipis, kerajaan negeri perlu kestabilan, dan ia memerlukan beliau berhati-hati serta sensitif supaya rancangan-rancangan yang disusun serta program-program membangunkan ekonomi negeri, akhirnya dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Hasni berkata tambahan pula kestabilan dilihat amat penting apabila ada segelintir pelabur turut menjadikan soal kestabilan kerajaan negeri sebagai prasyarat untuk mereka datang melabur atau meluaskan pelaburan mereka di Johor.

“Oleh sebab itu, saya katakan dari awal mengenai keperluan mengadakan PRN ini, saya tidak boleh tolak (begitu sahaja). Saya perlu kaji dan perlu tengok perkara ini. Suara-suara pelbagai pihak tidak boleh diabaikan begitu sahaja,” katanya.

Kerajaan negeri Johor pimpinan BN ketika ini mempunyai kelebihan hanya satu kerusi DUN susulan kematian ADUN Kempas Datuk Osman Sapian pada 21 Dis lepas, dengan BN memiliki 16 kerusi DUN, Bersatu (11), PAS (satu), manakala di pihak pembangkang Pakatan Harapan mempunyai 27 kerusi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
15 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok