GPS sedia hadapi PRU-15 pada bila-bila masa

July 23, 2022 · Politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya diadakan pada bila-bila masa.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keyakinan itu susulan keputusan memberangsangkan gabungan berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akhir tahun lepas, lapor Bernama.

“Jentera pilihan raya kita (GPS) memang sudah sedia, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sarawak juga sedia kerana baharu sahaja melalui proses PRN tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kejohanan Mysed Extreme Game Challenge di sini, hari ini.

“Bagi GPS persoalan sama ada PRU15 diadakan akhir tahun ini atau awal tahun depan kita tidak ada masalah. Bukan nak mendabik dada kerana menang besar pada PRN lepas tetapi kita boleh rasa lagi nadi rakyat dalam satu Sarawak. Perasaan seumpama ini biasanya akan diterjemah melalui undi,” tambahnya.

PBB bersama-sama Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) merupakan anggota yang membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang kini memiliki 18 kerusi di peringkat Parlimen.

Berita berkaitan
Hassan pertahan pendedahan bekalan barang terputus kerana ia adalah fakta
September 26, 2023· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023· Politik
Kedah dan Perlis dilanda banjir, PPS dibuka pindahkan mangsa
September 26, 2023· Isu semasa
Peningkatan mangsa banjir di Sabah dan Perak
September 23, 2023· Isu semasa
Popular
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
2 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
3 jam lalu · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
6 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok