Gambar tular Wan Azizah, Polis beri jaminan tiada salah guna kuasa siasat Ratu Naga

November 1, 2023 · Politik

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tiada penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan dalam siasatan berkaitan kenyataan berbaur fitnah terhadap isteri perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata siasatan dijalankan secara profesional berlandaskan prosedur yang ditetapkan undang-undang, lapor Bernama.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan masih di peringkat kajian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Shuhaily berkata pihaknya turut menyangkal dakwaan pihak tertentu berhubung isu kegagalan menjawab soalan pegawai penyiasat semasa rakaman percakapan diambil mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Keengganan memberi kerjasama dilihat daripada konteks kegagalan memberi maklumat berhubung capaian kepada data berkomputer sebagaimana peruntukan Seksyen 116B Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Melalui peruntukan ini, pegawai polis yang menjalankan penggeledahan hendaklah diberi capaian kepada data komputer termasuk kata capaian, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer,” katanya.

Pada 22 Okt lepas, PKR Bandar Tun Razak membuat laporan polis terhadap tiga pengguna media sosial yang didakwa memuat naik hantaran berbaur fitnah terhadap Dr Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Susulan itu, penyedia kandungan media sosial terbabit yang dikenali sebagai ‘Ratu Naga’ memberi keterangan kepada polis Khamis lepas berhubung hantaran berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata Ratu Naga tidak menjawab 33 soalan yang ditanya dan polis merampas sebuah telefon bimbit dan kad sim.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Video kontroversi Agus: Polis masih belum boleh sahkan identiti ‘Mr H’
November 24, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Popular
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
16 jam lalu · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
17 jam lalu · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
17 jam lalu · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok