Video kontroversi Agus: Polis masih belum boleh sahkan identiti ‘Mr H’

November 24, 2023 · Politik

Identiti Mr H yang berkait dengan siasatan kes video perbualan mirip bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hanya boleh disahkan oleh pegawai J-KOM Abdul Wahab Abdul Kadir.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata hal ini kerana hanya Abdul Wahab yang mengetahui identiti sebenar Mr H dan polis boleh mengenal pasti individu terbabit selepas disahkan Abdul Wahab, lapor Bernama.

Beliau berkata setakat ini, Abdul Wahab belum tampil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes itu dan polis telah cuba menghubungi pegawai J-KOM berkenaan melalui peguamnya untuk meminta lelaki itu segera tampil memberikan keterangan.

“Setakat ini, bukti berkaitan Mr H hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Mohammad Agus dan selagi keterangan Abdul Wahab belum diperoleh, identiti Mr H masih misteri.

“Setakat semalam, polis telah merakam keterangan empat individu iaitu Mohammad Agus, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard, seorang pekerja hotel dan individu yang didakwa sebagai Mr H,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, polis belum dapat mengesahkan individu yang hadir memberi keterangan itu ialah Mr H seperti yang didakwa.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan siasatan gangguan seksual melibatkan ketua pengarah sebuah agensi keselamatan, Mohd Shuhaily berkata polis telah merakam keterangan pegawai kanan berkenaan pada 2.30 petang semalam.

“Polis turut merampas telefon bimbit milik pegawai kanan terbabit semalam dan setakat ini, tiga keterangan telah diperoleh termasuk mangsa dan pegawai khas ketua pengarah berkenaan,” katanya sambil memberitahu polis akan mengambil keterangan beberapa saksi lagi bagi membantu siasatan.

Sebelum ini, tular menerusi media sosial paparan laporan polis seorang wanita berusia 39 tahun mendakwa diganggu secara seksual oleh seorang pegawai tinggi kerajaan agensi keselamatan bergelar Datuk sejak tahun lepas.

Wanita yang bekerja sebagai penasihat kewangan itu mendakwa pertemuannya dengan individu terbabit pada November lepas berkaitan dengan cadangan pelaburan dan kewangan dan sejak pertemuan kali pertama itu, individu terbabit didakwa telah mengganggu mangsa menerusi perbualan dan kandungan gambar serta video lucah.

Berita berkaitan
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok