Fahmi jangan pura-pura tak tahu, perlu bertanggungjawab kemasukan pemuzik pro-LGBT

July 22, 2023 · Politik

Parti Bersatu membidas tindakan kumpulan muzik yang membuat adegan lucah sejenis atas pentas konsert Good Vibes Festival yang berlangsung di Litar Antarabangsa malam tadi.

Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris membidas Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil supaya tidak seolah-olah tidak mengetahui berhubung kehadiran pemuzik pro-LGBT dan perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas adegan tak senonoh yang tular.

“Apabila tiada pihak yang menyuarakan, inilah jadinya kumpulan yang dilihat pro lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ini sedaya upaya menyelitkan perilaku dan sokongan mereka di bumi Malaysia ini.

“Sila jawab Menteri Komunikasi dan Digital! Jangan nampak seolah-olah suci dan tidak tahu apa-apa kerana Menteri ini adalah Menteri yang bertanggungjawab.

“Malahan difahamkan konsert ini berlangsung terus pada Sabtu dan Ahad seperti dijadualkan, itu kata Good Vibes Festival dalam sebuah kenyataan media,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Jelasnya lagi, rakyat juga rasa terhina dengan tindakan kumpulan muzik, The 1975 yang memperlekehkan pemimpin negara, malah mengeluarkan kenyataan yang menghina terhadap Malaysia.

“Rakyat Malaysia Madani terasa terhina tindakan bercium atas pentas dan tindakan kurang ajar oleh vokalis kumpulan The 1975 semasa melakukan persembahan di Good Vibes Festival, Litar Antarabangsa.

“Inilah keterbukaan Malaysia Madani yang cuba diusahakan kononnya berhibur itu tidak salah, malah memberi ruang kepada rakyat untuk berlibur dan beriadah di atas kepimpinan keterbukaan sekarang ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, tular tangkap layar adegan kumpulan muzik luar negara membuat adegan bercium sesama lelaki dengan lelaki atas pentas yang dirakam oleh penonton di festival tersebut.

Media melaporkan persembahan The 1975 di Good Vibes Festival 2023 dihentikan selepas vokalisnya Matty Healy menunjukkan pelbagai aksi kurang sopan di hadapan peminat.

Beliau didakwa memegang botol arak ketika berada di atas pentas selain membuat ucapan menghina undang-undang Malaysia berkaitan LGBT.

Sementara itu, media melaporkan penganjur dalam satu kenyataan menzahirkan rasa kesal kerana persembahan kumpulan The 1975 terpaksa dipendekkan kerana tidak mematuhi garis panduan persembahan tempatan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lapan ADUN UMNO Perak khianati Melayu, Islam demi diri, kuasa?
November 21, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Puad Zarkashi pemimpin ‘tua’ panas baran wajar diganti, kata Tun Faisal
December 25, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok