Skandal SMG: Faekah ajar MB Selangor cara baca fail kerajaan

August 11, 2023 · Politik

Faekah Husin tampil mengajar Menteri Besar sementara Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari cara membaca fail kerajaan selepas Pengerusi PH Selangor itu dilihat tidak tahu cara membaca fail projek Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang dilanda kontroversi, baru-baru ini.

Bekas Setiausaha Politik kepada Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid itu berkata, kesilapan Amirudin dalam membaca fail tersebut menyebabkan beliau menuduh bekas bosnya yang merupakan Menteri Besar Selangor pada 2008 hingga 2014 hanya berimaginasi dalam soal pelaksanaan projek SMG itu.

“Saya tengok video klip dalam Keluar Sekejap, di mana dia kata projek Sungai Klang ini sebenarnya diilhamkan oleh Allahyarham Tan Sri Khalid. Setakat itu betul. Lepas itu dia kata, Tan Sri Khalid tak buat apa-apa, hanya imaginasi dia. Hello Amir! Masya-Allah.

“Sungai Klang diilhamkan Mac 2009. Kalau kita nak buat Sungai Klang perkara asas kena lakukan adalah kena gazetkan sepanjang Sungai Klang, maknanya kita wartakan tidak boleh dikomersialkan, diceroboh, tidak boleh diberi TOL. Kita wartakan 126 kilometer. Berapa lebar kita wartakan? Daripada sungai 50 meter kiri, 50 meter kanan.

“Selepas warta baru boleh buat sesuatu. Nak wartakan ini bukan seorang yang buat, ia melibatkan enam majlis daerah dan perbandaran yang buat kerja. Kita panggil juru ukur, pelan idea diketuai jabatan perancang bandar…jadi bila saya dengar dia kata Tan Sri Khalid hanya berimaginasi, saya pelik. Beratus pegawai kerajaan mengusahakan perkara itu, dia nafikan,” katanya.

Beliau membidas Amirudin yang merupakan calon PH di DUN Sungai Tua pada Pilihan Raya Negeri Selangor, Sabtu ini pada Ceramah Mega Selangor Baharu di Kampung Bendahara, Selangor, malam ini.

Faekah turut memberitahu sekiranya Allahyarham Khalid berimaginasi dan tidak melakukan apa-apa terhadap projek tersebut, maka beliau tidak akan meninggalkan rizab sebanyak 3,200 juta kepada penerusnya di Selangor itu.

Akhirnya, Faekah yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MBI) akui bertemu jawapan terhadap kejahilan kenyataan Amirudin itu daripada fakta sebenar.

“Bila saya dengar jawapannya itu saya fikir dia ini tak buat ‘homework’ ke apa? Kenapalah dia jawab macam ini? Semalam saya tahu jawapan. Rupa-rupanya, dia tak pandai baca fail. Saya nak beritahu, saya baca fail (sejak) 1990.

“Amir, nak baca fail dari bawah. Fail setebal 6 inci, buka fail daripada bawah. Jangan baca dari depan, jangan baca dari atas. Lepas itu terselak-selak nak dapat maklumat. Terselak-selak. Fail ini baca dari bawah. Selak nampak sejarah. Perkara bermula 2009. (Tapi) Amir baca dari atas. Itu yang dia tak nampak apa yang orang dulu dah buat.

“Dia hanya nak tengok apa yang dia nak tengok. Dia nak tengok projek itu boleh buat duit atau tidak. Banyak kerja kita dah buat. Tapi tak apalah saya akan bagi carta organisasi, jadual kepada YB Viral. Saya akan bagi, syarikat-syarikat yang telah disenarai pendek pada ketika itu. Syarikat daripada China, Korea dan syarikat tempatan. Ada semuanya. Maknanya Tan Sri Khalid bukan berimaginasi, kerja sudah dijalankan,” katanya.

Isnin lalu, ketika siaran podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan dua bekas pemimpin UMNO, Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, Amiruddin mengatakan Khalid tidak melakukan apa-apa hanya berimaginasi untuk melaksanakan SMG.

“Ini adalah imaginasi Tan Sri Khalid. Tan Sri Khalid pernah mengatakan bahawa pembangunan semula Sungai Klang…inilah sebenarnya. Dan SMG ini dilancarkan oleh Azmin tapi hanya dilaksanakan oleh saya.

“Jadi dulu arwah Tan Sri Khalid tak ada pun kecuali imaginasi dan juga beberapa bayangan,” katanya.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam Jelajah Mega PN Best ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, taikun itu akan mendapat tanah 242 hektar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan sekitar RM180 juta.

Landasan Lumayan, sebuah anak syarikat MBI yang merupakan pemegang 45 peratus tanah dan Berjaya Hartanah Berhad (55 peratus) membentuk sebuah syarikat tujuan khas melalui usaha sama (JVCo) yang dikenali dengan nama Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB), antara lainnya untuk membersihkan dan membangunkan Sungai Klang.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Kerusi DUN Suka Menanti kekal milik PN, calon PH diarah bayar RM15,000
October 18, 2023· Politik
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023· Politik
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok