Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis

September 28, 2022 · Politik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis membayangkan hasrat mengetengahkan semula nama ‘besar’ yang pernah menjadi pemimpin UMNO suatu ketika dahulu untuk bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Pengerusi Bersatu Perlis Abu Bakar Hamzah dipetik sebagai berkata penyertaan semula pemimpin berkenaan dalam PRU akan datang bagaimanapun akan dilihat kepada keperluan parti itu dalam usaha untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Nama seperti bekas Ahli Parlimen (MP) Kangar yang pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara 2006 hingga 2008 dan kini menjadi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Tan Sri Azmi Khalid (bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar yang pernah menjadi Ahli Parlimen Padang Besar), disebut-sebut akan mewakili PN.

“Walaupun mereka ini dianggap sebagai veteran tetapi mereka mempunyai pengalaman yang begitu luas dalam politik dan dahulunya mereka ini adalah UMNO, namun sekarang berada dalam Bersatu dan dalam hal ini tidak mustahil Radzi kembali semula di Parlimen Kangar.

“Kita dah pernah suara (hasrat) kerana Radzi juga sebagai orang yang mengaturkan perlembagaan Bersatu selain menjadi ahli MPT dan kita pernah menyuarakan hasrat kita untuk bawanya kembali ke gelanggang pilihan raya.

“Tetapi ‘orang lama’ ini dia punya ‘sentimental’ dan santainya masih tetap ada lagi (untuk berada di belakang tabir politik).

“Namun jika Bersatu Pusat mencadangkan beliau untuk bertanding semula, apa kan daya mereka harus kembali ke gelanggang pilihan raya kerana ‘nama besar’ ini lebih membantu untuk menangkan kita punya calon dan parti,” katanya menurut BH.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelancaran Sayap Bersekutu Bersatu Peringkat Negeri Perlis di perkarangan sebuah hotel di Kuala Perlis, semalam (27 September 2022).

Empat bekas pemimpin UMNO yang pernah menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri disebut-sebut bakal menjadi calon Perikatan Nasional pada PRU-15 dari kiri Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad; Tan Sri Azmi Khalid; Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail; dan Abdul Jamil Saad.

Selain nama dua tokoh itu, bekas MP Arau, Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sena pada 2008 hingga 2018, Abdul Jamil Saad juga berkemungkinan akan membuat kemunculan semula.

“Kadang-kadang bekas ahli Parlimen dan ADUN ini sudah lama berehat dan bergantung kepada keadaan dan seperti saya katakan, jika kita ingin kerusi Parlimen di Perlis ini dapat dimenangi oleh Bersatu, kita mungkin akan letak calon veteran di kerusi berkenaan.

“Saya lihat mereka terutama Radzi, Azmi dan Syed Razlan sesuai bertanding di Parlimen kerana pengalaman mereka sebelum ini menjadi wakil di Parlimen berkenaan.

“Namun, ia bergantung kepada keperluan parti ini untuk mengetengahkan semula mereka, bila keperluan mendesak untuk kita menang, kita terpaksa memanggil semula mereka untuk bertanding pada PRU nanti,” katanya.

Untuk rekod, Radzi pernah menjadi MP Kangar pada 1982, 1986, 2004 dan 2008, manakala Azmi pula memenangi kerusi Parlimen Padang Besar pada 1995, 1999, 2004 dan 2008 dan Syed Razlan pula menjadi MP Arau pada 2004.

Mereka memenangi kerusi berkenaan atas tiket Barisan Nasional ketika itu.

Berita berkaitan
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
MPT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin tak pertahankan jawatan Presiden
November 24, 2023· Politik
Saya maklumkan awal bagi memastikan proses peralihan berjalan baik: Muhyiddin
November 24, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
ULANG SIAR: Biodata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
August 20, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
3 jam lalu · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
3 jam lalu · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
22 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Litar lumba projek terbengkalai BN, bukan projek Sanusi
8 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PAS Gong Limau
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok