DUN Sarawak pula bubar?

October 21, 2021 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak mungkin dibubarkan hari ini, lapor Borneo Post.

Media yang berpangkalan di Sarawak itu memetik sumber yang mengatakan pembubaran itu adalah “sangat berkemungkinan”.

Sumber yang dipetik laporan itu juga mendakwa bahawa pengundian kemungkinan diadakan pada 27 November dengan penamaan calon pada 13 November.

Sekiranya benar, ia akan bertindih dengan pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada 20 November dengan pencalonan pada 8 November.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob juga dilaporkan akan melakukan lawatan rasmi ke Sarawak pada hujung minggu ini.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa PRN Sarawak dan Melaka akan diadakan secara serentak.

Menteri undang-undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mengatakan bahawa darurat di Sarawak boleh ditamatkan lebih awal.

Penamatan darurat secara automatik akan membubarkan DUN – yang tempohnya berakhir pada bulan Jun.

Darurat di Sarawak – yang dijadualkan berakhir pada Februari tahun depan – diisytiharkan sebelum ini untuk menangguhkan pilihan raya negeri susulan pandemik Covid-19.

Sehingga semalam, 90.8 peratus orang dewasa Sarawak telah divaksinasi sepenuhnya.

Suntikan dos ketiga (penggalak) juga dilancarkan kepada warga emas di negeri itu.

Sarawak berdepan kes Covid-19 empat digit bulan lalu tetapi jumlahnya menurun sejak 16 Oktober.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok