Dulu penentang Zahid, kini PH-DAP bertukar jadi pembela Zahid paling tegar

September 12, 2023 · Politik

Sikap pemimpin Pakatan Harapan (PH)-DAP sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sudah berubah, seiring dengan pendirian mereka yang kini “Yes Zahid dan Yes UMNO”.

Jika semasa kempen PRU-15, serangan bertali arus dihalakan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi kini PH-DAP menjadi pembela barisan hadapan walaupun sedang berdepan kritikan hebat.

Semasa kempen PRU-15, apa sahaja yang tidak dikecam DAP terhadap Zahid ketika itu, malahan pelbagai gelaran diberikan kepada anak murid Datuk Seri Anwar Ibrahim itu yang dilihat agak keterlaluan.

Namun, semua itu sudah berubah dan PH-DAP menjilat ludah mereka tanpa segan silu apabila kini sudah berkahwin politik dengan UMNO dalam kerajaan campuran.

Semalam, usul yang dibawa Perikatan Nasional (PN) untuk membahaskan kes rasuah Zahid dihalang secara bersungguh-sungguh PH-DAP daripada perkara tersebut diperdebatkan atas alasan yang tidak munasabah.

Keputusan menghentikan prosiding kes rasuah Zahid menimbulkan pelbagai tanda tanya banyak pihak khususnya melibatkan bidang kuasa Peguam Negara (AG), malah rakyat dibawah mahu mengetahui cerita sebenar disebalik langkah kerajaan tidak meneruskan perbicaraan kes rasuah Timbalan Perdana Menteri itu walaupun sudah terdapat prima facie sebelum ini.

Bagaimanapun, usaha pembangkang untuk membongkarkan isu berhubung kes rasuah Zahid di Dewan Rakyat semalam digagalkan oleh Ahli Parlimen kerajaan campuran khususnya DAP yang lantang mempertikaikan berhubung usul dibawa oleh Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal.

Episod drama di Dewan Rakyat semalam adalah isyarat jelas PH-DAP berusaha keras untuk menyapu kes Zahid itu ke bawah permaidani bagi mengelakkan rakyat mengetahui cerita sebenar disebalik langkah kerajaan campuran tidak meneruskan prosiding kes rasuah Zahid.

PH-DAP bimbang sekiranya satu persatu perkara akan dibongkar sekiranya isu kes Zahid itu dibahaskan di Dewan Rakyat, jadi mereka seboleh-bolehnya cuba menutup skandal tersebut dengan pelbagai helah dan penipuan.

Segala prinsip dan janji kononnya mahu mewujudkan urus tadbir yang bersih kini sudah masuk ke dalam bangkul sampah, malah PH-DAP sendiri yang melanggar garisan yang mereka tetapkan sendiri demi kuasa semata-mata.

Pendirian PH-DAP boleh berubah-ubah mengikut suasana politik dan kepentingan kuasa mereka, sesuatu perkara yang dilihat tidak menguntungkan akan cuba disembunyikan dengan apa jua cara sekalipun.

Mengapa PH-DAP takut sangat mahu membahaskan isu kes rasuah Zahid yang dihentikan baru-baru ini? Adakah PH-DAP cuba merahsiakan dan menyembunyikan sesuatu daripada rakyat?

Bukankah sebelum ini PH-DAP yang paling lantang dan mendesak supaya Zahid dikenakan tindakan undang-undang, adakah mereka sudah terlupa janji kempen politik semasa PRU-15 lalu?

Adakah PH-DAP sudah terlupa gelaran ‘penyamun’ yang mereka berikan kepada Zahid sebelum ini?

Namun, demi kuasa dan jawatan, nampaknya PH-DAP sanggup bersekongkol dengan Zahid dan UMNO asalkan terus dapat menjadi kerajaan dan memegang tampuk pemerintahan.

Segala prinsip dan asas perjuangan PH-DAP sebelum ini hanya menjadi kenangan dan sejarah, mereka kini sebaliknya menjadi pembela perasuah paling kuat dan tegar.

PH-DAP jangan lupa, rakyat sentiasa menilai dan memantau setiap gerak geri kerajaan campuran yang saban hari semakin menyimpang daripada landasan sebenar.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu· Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
5 jam lalu· Isu semasa
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok