Dr Mahathir kini setaraf Anwar, sertai perhimpunan haram: Redzuan

August 2, 2021 · Politik

Sebagai seorang negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar meletakkan dirinya setaraf dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila turut serta dalam perhimpunan haram pada ketika negara berdepan krisis Covid-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof yang mengganggap Dr Mahathir sebagai seorang idolanya sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila seorang bekas Perdana Menteri (PM) sanggup menjadi alat politik kepada Anwar.

“Untuk Anwar, saya boleh memahami tahap kepimpinan beliau yang ‘konsisten’ dengan retorik politik melalui penganjuran demonstrasi jalanan selain tidak jelas dengan pemahaman beliau terhadap Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara.

“Tetapi untuk Dr Mahathir menyertai Anwar, amat mengejutkan. Pemimpin berkaliber seperti beliau tidak sepatutnya meletakkan dirinya setaraf Anwar, lebih-lebih lagi beliau sendiri selalu melaungkan Anwar tidak layak mengetuai negara ini,” katanya dipetik portal.

Pagi tadi di Dataran Merdeka, Anwar menggepalai blok pembangkang berhimpun beramai-ramai dengan mengkritik kerajaan Perikatan Nasional selepas mereka tidak dibenarkan memasuki Parlimen.

Selain Anwar, antara pemimpin utama blok pembangkang yang lain hadir bersama adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir juga berucap semasa menyertai himpunan tersebut.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu juga berkata sebagai seorang mengenali rapat Dr Mahathir, ia tidak bukan suatu yang luar biasa kerana Ahli Parlimen Langkawi itu sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja bagi memuaskan ego sendiri.

“Saya lihat Dr Mahathir sememangnya konsisten sebagai seorang pendendam apabila beliau tidak dapat perkara dikehendaki. Beliau akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja untuk memuaskan ego sendiri.

“Saya menghormati beliau di atas jasa-jasanya kepada negara sewaktu menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

“Bagaimanapun, pada saat krisis pandemik Covid-19, beliau sepatutnya berganding bahu bersama kerajaan memerangi pandemik, bukan sibuk hendak turut serta jatuhkan kerajaan,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok