Dr Mahathir juga tak sokong isytihar harta semasa PRU-15

November 13, 2022 · Politik

Langkah untuk mengisytiharkan harta semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak disokong Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pejuang itu tidak menyokong langkah diambil parti pembangkang, PKR mengisytihar harta semasa musim PRU-15 dan mempersoalkan mengapa ia hanya dibuat semasa tempoh berkempen, malah rakan parti dalam Pakatan Harapan (PH) seperti DAP juga tidak mengikut langkah sama.

“Isytihar waktu dekat PRU, kenapa dia tak cakap waktu lain. Dalam Dewan (Rakyat) itu, katalah kami nak isytihar harta, tapi tidak, nak dekat PRU baru nak isytihar.

“Saya bersetuju (isytihar) tetapi bukan dekat PRU. Itu kita cakap dalam Dewan lepas jadi wakil rakyat perlu isytihar harta,” katanya dipetik laporan Utusan Online.

Terdahulu, pemimpin PKR mengisytihar harta masing-masing yang berjumlah jutaan ringgit di laman web parti.

Namun, langkah tersebut tidak mendapat sambutan rakan parti dalam PH seperti DAP dan Amanah yang tidak mengisytiharkan harta calon mereka yang bertanding.

Sementara itu, DAP dilaporkan tidak bercadang untuk mewajibkan calon mereka membuat pengisytiharan harta seperti rakan sekutunya itu.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata DAP tidak mempunyai polisi yang mewajibkan calon pilihan raya perlu mengisytiharkan harta mereka.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok