Di India, guna helikopter dianggap salahguna jentera kerajaan: Hadi

September 13, 2023 · Politik

Tan Sri Abdul Hadi Awang membidas kerajaan campuran kerana menyalahguna jentera kerajaan untuk tujuan kempen politik tanpa rasa segan silu.

Presiden PAS itu membuat perbandingan dengan negara India sebelum ini apabila mahkamah India mendapati mendiang perdana menteri Indira Gandhi bersalah kerana menyalahgunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya, dan mengisytiharkan kerusinya kosong untuk memberi laluan kepada pilihan raya semula.

“Dia bertanding dan menang di dua kawasan. Salah satu kawasan ada petisyen kerana dia menyalahgunakan jentera kerajaan. Guna kereta bukan helikopter.

“Ini berlaku di India. Kat sini, tak tahulah, boleh buat apa sahaja,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Semasa kempen pilihan raya di enam negeri baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan menggunakan helikopter kerajaan untuk tujuan berkempen.

Semasa perbahasan di Dewan Rakyat hari ini juga, Hadi mempertahankan pandangannya tentang pengampunan kepada penjenayah yang disabitkan bersalah baru-baru ini yang membawa kepada siasatan terbaru polis, bertentangan keadilan Islam yang katanya memberikan hak pengampunan hanya kepada mangsa jenayah itu.

“Hak pengampunan diberikan kepada mangsa, bukan kepada raja atau lembaga pengampunan. Hak pengampunan kepada yang dizalimi, sama ada diampun atau dibayar diya, pampasan, di mana dia kena bayar sara hidup sehingga meninggal dunia.

“Ini menunjukkan tidak ada DNAA dalam kehakiman Islam,” kat Ahli Parlimen Marang itu lagi.

Hadi dipercayai merjuk kepada permohonan melepas tanpa membebaskan (DNAA) oleh Jabatan Peguam Negara untuk menghentikan perbicaraan rasuah terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hadi berkata demikian merujuk kepada penjelasan beliau tentang cara Islam dalam memberikan pengampunan kepada banduan.

Bagaimanapun, penjelasan itu mengakibatkan laporan polis dibuat terhadapnya.

Memuji pegawai polis kerana melayannya dengan baik semasa sesi soal siasat, Hadi berkata beliau bersedia untuk dipenjarakan jika mahkamah mendapati beliau bersalah atas komennya.

“Saya sedia dihukum. Tak tahulah hukuman itu sama ada penjara atau denda. Saya pilih penjara,” katanya sambil menambah beliau lebih cenderung menyumbang wang kepada Pasti, rangkaian tadika Islam yang dikendalikan oleh PAS.

Berita berkaitan
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
2 jam lalu· Isu semasa
Permohonan lelaki bunuh kekasih hamil dirujuk psikiatri ditolak mahkamah
2 jam lalu· Isu semasa
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
2 jam lalu· Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
5 jam lalu· Politik
Popular
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023 · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
24 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
September 25, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok