Dewan Rakyat: Isu federalisme dan pembebasan 47 kes rasuah Zahid ditanya wakil PN

October 24, 2023 · Politik

Wakil Perikatan Nasional (PN) membangkitkan isu berhubung prinsip federalisme dan pembebasan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 kes rasuah dihadapinya sebelum ini.

Isu berhubung federalisme dibangkitkan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang terhadap kerajaan campuran sama ada akan menghormati prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan negara atau sebaliknya terus menghukum rakyat di negeri yang tidak sealiran dengan kerajaan pusat.

Sementara itu Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassinmembangkitkan isu Peguam Negara berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengguguran 47 pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan Datuk, Zahid.

Justeru, beliau meminta Perdana Menteri menyatakan pengakuan Anwar sendiri semasa Sidang Kemuncak Asia ke-10, Milken Institute di Singapura baru-baru ini bahawa Peguam Negara berjumpa beliau berhubung pengguguran 47 pertuduhan ke atas Ahli Parlimen Bagan Datuk dan beliau bertanya sama ada Peguam Negara boleh menyokong pelepasan Bagan Datuk.

“Peguam Negara menjawab ya. Apakah ini bermakna wujud campur tangan kuasa eksekutif dalam urusan Jabatan Peguam Negara?” soalnya.

Berikut ialah senarai soalan daripada ahli-ahli parlimen PERIKATAN NASIONAL pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pertanyaan Bagi Jawab Lisan

Tuan Muhammad Fawwaz bin Mohamad Jan [Permatang Pauh] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan keberkesanan dan impak terhadap industri sukan tanah air hasil pelaksanaan Geran Padanan Sukan (GPS).

Tuan Jamaludin bin Yahya [Pasir Salak] minta Perdana Menteri menyatakan adakah bantuan kewangan kos bayaran haji secara bersasar bagi kategori B40, M40 dan T20 seperti yang telah dilaksanakan pada musim haji tahun ini iaitu 2023, akan diteruskan pada tahun hadapan dan adakah sistem ini adil bagi pendeposit Tabung Haji.

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Kementerian akan menilai semula keputusan yang telah dibuat untuk menangguhkan membeli kapal Multi Role Support Ship (MRSS).

Datuk Haji Ahmad Amzad bin Mohamed @ Hashim [Kuala Terengganu] minta Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi menyatakan sejauh mana perancangan Kementerian untuk menggalakkan perolehan Kerajaan agar memberikan keutamaan kepada homegrown technology iaitu teknologi- teknologi yang dibina di sini atau yang telah menerima dana-dana daripada pihak Kerajaan dan berjaya dikomersialkan.

Tuan Kalam bin Salan [Sabak Bernam] minta Perdana Menteri menyatakan penjelasan status terkini Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) dan apakah langkah lanjut bagi memastikan National Anti-Corruption Strategi (NACS) adalah usaha komprehensif yang dilaksanakan bersama rakyat dan pemegang taruh negara untuk mencapai kedudukan terbaik dalam Corruption Perspective Index.

Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman [Sik] minta Menteri Komunikasi Dan Digital menyatakan perancangan Kementerian untuk menaik taraf akses dan kapasiti capaian jalur lebar bagi daerah Sik yang masih pada tahap yang tidak memuaskan.

Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [Pengkalan Chepa] minta Perdana Menteri menyatakan komitmen Kerajaan membuat pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi memberi kuasa kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) menggubal dan seterusnya memperkasa undang-undang syariah.

Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup menyatakan isu kenaikan harga beras dan kos sara hidup kebelakangan ini menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan rakyat, terutama golongan B40 dengan saiz pendapatan isi rumah yang kecil menyebabkan mereka adalah kumpulan paling tersepit dengan keadaan semasa.

Tuan Zakri bin Hassan [Kangar] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan cadangan tentang langkah yang boleh dibuat untuk mengekalkan momentum pasukan bola sepak Harimau Malaya pimpinan Kim Pan Gon.

Komander Nordin bin Ahmad Ismail TLDM (Bersara) [Lumut] minta Menteri Pertahanan menyatakan status terkini jumlah bilangan bekas tentera yang tidak diiktiraf sebagai veteran disebabkan salah laku dan jumlah mereka yang telah diberi pengampunan dan diiktiraf sebagai veteran.

Tan Sri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang] minta Perdana Menteri menyatakan apakah jaminan Kerajaan untuk mematuhi prinsip federalisme dan tidak menghukum rakyat di negeri yang tidak sealiran dengan Kerajaan Persekutuan.

Kapten Azahari bin Hasan [Padang Rengas] minta Perdana Menteri menyatakan pertimbangan semula agihan peruntukan dari pihak Kerajaan kepada pihak pembangkang kerana tidak mungkin Ahli Parlimen pembangkang mampu untuk menyelesaikan segala masalah dan aduan rakyat di Parlimen Padang Rengas tanpa sebarang peruntukan. Ini adalah bagi memastikan semua ahli parlimen dapat membantu menyelesaikan segala aduan dan masalah daripada rakyat di kawasan Parlimen masing- masing.

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [Mersing] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) mekanisme memperkasa pematuhan piawaian standard persijilan halal dan kriteria utama permohonan pemilikan sijil halal; dan

(b) berikan jumlah dan justifikasi utama permohonan sijil halal yang dikemukakan oleh kebanyakan syarikat dan usahawan Islam ditolak permohonannya.

Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Besut] minta Perdana Menteri menyatakan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dakwaan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing bahawa berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan pegawai imigresen di pintu masuk negara.

Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan rasionalnya terdapat pinjaman berlesen (kelulusan KPKT) yang berleluasa dan apakah usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian bagi membantu rakyat dalam menyelesaikan masalah pembayaran balik dan diburu oleh ejen tersebut dengan ugutan dan ancaman.

Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Mohd. Yassin [Pagoh] minta Perdana Menteri menyatakan pengakuan YAB Perdana Menteri sendiri semasa Sidang Kemuncak Asia ke-10, Milken Institute di Singapura baru- baru ini bahawa Peguam Negara berjumpa beliau berhubung pengguguran 47 pertuduhan ke atas YAB Bagan Datuk dan beliau bertanya sama ada Peguam Negara boleh menyokong pelepasan YAB Bagan Datuk. Peguam Negara menjawab ya. Apakah ini bermakna wujud campur tangan kuasa eksekutif dalam urusan Jabatan Peguam Negara.

Tuan Haji Mohd Hasnizan bin Harun [Hulu Selangor] minta Perdana Menteri menyatakan terdapatkah dalam perancangan Kementerian untuk mengubah pendapatan minimum RM1200 kepada peneroka FELDA sesuai dengan keadaan kos sara hidup yang tinggi pada masa kini.

Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib [Maran] minta Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah pembeli rumah pertama bertaraf residensi atau komersial bagi tahun 2018-2022 masih layak untuk mendapat pengecualian cukai LHDN bagi pembelian rumah pertama.

Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu] minta Perdana Menteri menyatakan adakah Kerajaan mahu meneruskan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat buku My Story: Justice in the Wilderness yang ditulis oleh mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, jika ya, apakah statusnya sekarang.

Dr. Radzi Jidin [Putrajaya] minta Perdana Menteri menyatakan:

(a) status pelaksanaan Put Option oleh FELDA terhadap pegangan dalam Eagle High Plantations (EHP); dan

(b) usaha Kerajaan untuk memastikan hak FELDA terpelihara memandangkan harga saham EHP telah jatuh daripada 584 Rupiah Indonesia sesaham sewaktu dibeli pada 23/12/2016 kepada cuma 58 Rupiah Indonesia pada 18/09/2023. –

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok