Desak PRU untuk rakyat pilih semula kerajaan, belum tentu ekonomi stabil: Sharkar

September 19, 2022 · Politik

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyifatkan kenyataan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi disalah tafsir berhubung “jentera parti sedia redah banjir” jika pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Ahli MT UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata walaupun PRU diadakan tahun ini, ia belum tentu menjamin keadaan ekonomi negara akan stabil tetapi sekurang-kurangnya ia memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan semula.

“Belum tentu kita buat PRU ini, ekonomi tahun depan akan stabil, tidak. Dalam keadaan sekarang, ekonomi dunia sedang bergolak, bukan kita sahaja.

“Jadi kita desak PRU awal ini adalah bagi rakyat memilih semula siapa kerajaan mereka,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Sharkar berkata rakyat terluka selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada PRU-14 kerana kegagalan mereka dalam menunaikan janji semasa mentadbir kerajaan semalam 22 bulan sebelum ini.

“Selepas PRU-14 Pakatan Harapan menang pada ketika itu, mereka belum mampu mengubati kelukaan hati rakyat, apa jadi nasib rakyat, penjawat awam, bangsa Melayu ketika itu? Begitu juga dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya lagi.

Berhubung spekulasi mengatakan kononnya Zahid berselisih faham dengan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai tidak benar, malah sebenarnya UMNO mempunyai persefahaman dan bersepakat.

“Cuma Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kita lihat mampu menurunkan suhu politik yang tegang.

“Kalau tegang antara beliau dengan Presiden, itu strategi kita. biar orang nampak kita berpecah, tapi di dalam kita bersepakat, itu penting,” katanya lagi.

Berhubung kenyataan “redah banjir”, Sharkar berkata ia hanya metafora yang ingin disampaikan Zahid bagi menggambarkan sebenarnya jentera parti sudah bersiap sedia.

“Kenyataan Presiden itu adalah metafora, ia adalah kiasan yang nak menggambarkan yang kita benar-benar sudah bersedia menghadapi PRU.

“Kita bukanlah pemimpin yang tidak boleh fikir sehinggakan sanggup adakan PRU pada waktu banjir. Bukan seperti membujur lalu melintang patah, itu bukan kita. Apa yang kita nak sampaikan adalah kita sudah bersiap sedia dari segi perancangan untuk masuk ke gelanggang PRU kali ini,” katanya lagi.

Pada Sabtu lalu semasa pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional (BN), Zahid berkata mereka sedia meredah banjir mahupun hujan lebat jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Ismail Sabri semasa program sama juga memberi isyarat berkemungkinan akan membubarkan Parlimen pada masa terdekat dengan berkata “tak lama dah, sikit lagi” berhubung tarikh PRU-15 yang akan dibincangkan bersama “top five” UMNO.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
17 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok