DAP yang tidak konsisten lawan rasuah, sokong Zahid sekarang: Syed Saddiq

September 10, 2023 · Politik

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman membidas DAP yang tidak konsisten dalam melawan rasuah apabila boleh berkompromi pula selepas pertuduhan kes terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dihentikan pada baru-baru ini.

Presiden MUDA itu memberi respon terhadap desakan segelintir pemimpin DAP yang mahu beliau mengosongkan kerusi Parlimen Muar yang dimenanginya semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu ekoran keputusan keluar daripada blok kerajaan campuran hari ini.

“Pihak yang desak saya mengosongkan kerusi, mereka perlu cermin diri. Adakah kamu bersedia untuk kosongkan kerusi juga?

“Persoalan yang ingin saya kembalikan kepada mereka, siapa yang tidak konsisten, siapa yang mengkhianati rakyat,” katanya pada sesi soal jawab malam ini dipetik laporan media.

Sebaliknya, Syed Saddiq membidas parti politik dalam kerajaan campuran yang sebelum ini mahu melawan rasuah tetapi “membenarkan” keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid daripada 47 tuduhan berkait kes Yayasan Akalbudi, berbuat demikian.

Ahli Parlimen Muar itu hari ini secara rasmi mengumumkan keluar daripada blok kerajaan untuk menjadi pembangkang sebagai kuasa ketiga.

Beliau berkata, ia sebagai protes terhadap keputusan Zahid, sambil menyifatkan pembebasan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai permulaan menormalisasikan rasuah.

Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Syed Saddiq bahawa kemenangan MUDA di Parlimen Muar adalah kerana ihsan Pakatan Harapan (PH), yang sanggup memberi laluan kepada parti itu pada PRU-15.

Syed Saddiq menjelaskan tiada keperluan untuknya mengosongkan kerusi Muar kerana beliau bertanding atas panji MUDA, malah kekal konsisten sehingga hari ini melawan korupsi.

“Bukan saya yang ‘membatunisankan’ reformasi,” katanya.

Mengenai masa depan MUDA selepas menjadi pembangkang kuasa ketiga, beliau percaya pembaharuan sistem politik tidak ada jalan singkat dan mengakui ia “akan memakan masa lama”.

“Pembaharuan itu akan memakan masa untuk kita membawa politik baharu… untuk kita rombak sistem politik negara ke jalan lebih baik ia akan memakan masa,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok