DAP tolak PRU awal walaupun terpaksa terima kerajaan huru-hara, kata Loke

September 29, 2022 · Politik

Walaupun kerajaan sedia ada disifatkan sebagai huru-hara, namun DAP terpaksa menerimanya juga.

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook mengakui kerajaan diuruskan UMNO ketika ini agak huru-hara seperti yang dikatakan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin tetapi mengadakan pilihan raya umum (PRU) ketika ini bukan satu pilihan yang baik kerana faktor banjir.

“Kenyataan terbaru Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin jelas menunjukkan kerajaan semasa dalam keadaan huru-hara.

“Bagaimanapun, pilihan raya tidak boleh diadakan dalam tempoh terdekat atas faktor risiko banjir.

“Kita mesti menerima keadaan sekarang dan kerajaan perlu terus bekerjasama dengan pembangkang untuk menyelesaikan masalah negara,” katanya dipetik laporan media.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) membangkitkan isu penyusutan mata wang ringgi dan kenaikan inflasi mendadak yang membebankan rakyat ketika ini.

Turut diulas berhubung isu populariti Perdana Menteri daripada UMNO yang tidak mendapat sokongan rakyat yang berkemungkinan tidak ditolak berpunca akibat kelemahan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri.

Muhyiddin melahirkan kebimbangan bahawa tindakan perlahan kerajaan dalam memacu ekonomi akan merugikan rakyat, memetik ramai ahli ekonomi global meramalkan kemelesetan ekonomi pada tahun depan.

Susulan kritikan tersebut, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga turut senada dengan pandangan Muhyiddin tersebut, malah menghantar surat kepada Parlimen untuk membahaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh Muhyiddin.

Berita berkaitan
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023· Politik
Popular
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Ribuan rakyat Kedah sambut Sanusi di lapangan terbang
July 18, 2023
Pegawai Zahid bidas Isham Jalil buat gelabah selepas UMNO kalah PRN
August 18, 2023
Lagi Politik terkini
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
13 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok