DAP nafi guna lambang sendiri di Sarawak bukan kerana takut kalah

November 26, 2021 · Politik

Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tiada kaitan dengan kekalahan di PRN Melaka baru-baru ini, kata Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook.

Loke berkata ia adalah berdasarkan keputusan dibuat oleh kepimpinan negeri itu dalam menentukan penggunaan logo berkenaan di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi nanti.

“Kami berikan kuasa autonomi kepada kepemimpinan parti di Sarawak untuk membuat keputusan, umum mengetahui mereka ada autonomi dari segi dasar dan keputusan politik.

“Kalau lihat sejarah, dalam pilihan raya yang lalu juga mereka gunakan logo masing-masing walaupun di Semenanjung kita buat logo bersama,” katanya lapor Bernama.

Beliau terdahulu menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk Kampung Sungai Jai.

Media sebelum ini melaporkan setiap parti komponen PH Sarawak akan menggunakan logo masing-masing di setiap DUN yang ditandingi pada PRN Sarawak kali ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Dis ini sebagai hari pengundian PRN Sarawak, hari penamaan calon pada 6 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.

Sementara itu, mengenai peruntukan sama rata oleh kerajaan kepada semua Ahli Parlimen, Loke berkata ia merupakan satu usaha yang sangat baik dilakukan oleh kerajaan ketika ini bagi mengelakkan wakil rakyat melompat parti pada masa akan datang.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata usaha dilakukan kerajaan ketika ini dilihat mampu memberi impak positif supaya semua wakil rakyat dapat memberi komitmen penuh dalam menyelesaikan masalah dihadapi oleh rakyat selain mampu menstabilkan politik di negara ini.

“Saya juga bercadang membangkitkan isu ini dalam perbahasan pada Persidangan Kedua (Belanjawan) Penggal Keempat DUN Negeri Sembilan minggu depan bahawa saya menyokong usaha membawa perubahan dan juga reformasi dalam cara kita berpolitik,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
12 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok