DAP jadi pilihan dua bekas pemimpin UMNO selepas keluar parti

October 23, 2023 · Politik

DAP menerima suntikan daripada bekas ahli-ahli UMNO yang mengumumkan penyertaan parti tersebut.

Media melaporkan dua bekas pemimpin akar umbi UMNO di Bahagian Parit bersama lapan lagi ahli parti sudah menghantar borang menyertai DAP dengan harapan dapat diberikan platform untuk meneruskan usaha membantu rakyat.

Mereka ialah bekas Timbalan Ketua Cawangan UMNO Titi Gantung, Abdul Mukmin Abd Rashid dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pekan Parit, Rosman Esa menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi DAP Parlimen Parit, Tarmizi Mohd Jam.

Abdul Mukmin berkata, keputusan itu dibuat selepas merasai penolakan oleh akar umbi UMNO selepas tewas dua kali dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit.

Menurutnya, penyertaan ke dalam DAP itu bagi mendapatkan platform untuk menyuarakan permasalahan rakyat.

“Saya sudah dua kali menawarkan diri bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit tapi kalah dan cukup jelas signal dari perwakilan menolak saya dengan undi.

“Ada yang menuduh saya mengejar pangkat dan wang apabila masuk DAP. Saya berminat dalam politik sejak dari kecil lagi dan memerlukan platform untuk menyuarakan suara rakyat. DAP membuka ruang seluasnya untuk golongan professional,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Abdul Mukmin berkata, mereka memilih untuk berhijrah bagi mengorak langkah politik baharu yang semakin terbuka dalam persaingan demokrasi yang lebih segar dan sihat.

Menurutnya, dijangka ada beberapa lagi rakan-rakan ahli UMNO yang akan menyertai DAP cawangan tersebut.

Sementara itu, Tarmizi dalam satu kenyataan mengucapkan tahniah atas keputusan yang berani menyertai DAP.

Beliau optimis lebih ramai orang Melayu yang akan menyertai DAP biarpun baru bertapak di Parit.

Pada September tahun lalu, Tarmizi mencipta sejarah menubuhkan DAP melibatkan keahlian terdiri daripada orang Melayu di Parlimen Parit.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
7 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
42 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok