Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid

November 29, 2022 · Politik

Satu laporan polis dibuat terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran kenyataannya mendakwa Yang di-Pertuan Agong campur tangan dalam pembentukan kerajaan.

Presiden UMNO itu didakwa mengeluarkan kenyataan pembentukan kerajaan baharu dipimpin Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dilihat membawa maksud wujud campur tangan Istana Negara.

Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut, Pertubuhan Prihatin Alam Sekitar dan Masyarakat (PRIALAM), Muhibbah Akrab Malaysia (MAM) serta Pertubuhan Perpaduan Kemanusiaan Malaysia (PPKM) bersama dua wakil membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

Muhammad Firdaus Abu Mangsor yang mewakili PRIALAM dan MAM berkata, laporan polis itu dibuat berkait kenyataan Zahid di Facebooknya, bertajuk ‘Barisan Nasional (BN) mendukung Perlembagaan Negara dan Menjunjung Titah Yang di-Pertuan Agong’ kelmarin.

“Dalam entri itu, ada kenyataan Zahid yang boleh membawa maksud Yang di-Pertuan Agong seolah-olah campur tangan dalam memastikan Perikatan Nasional (PN) tidak disokong atau dikecualikan daripada menerajui kerajaan.

“Kenyataan beliau juga seperti menggambarkan bahawa pembentukan kerajaan adalah bukan atas dasar majoriti kepercayaan ahli Dewan Rakyat, tetapi atas dasar titah daripada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dipetik laporan BH.

Turut hadir, wakil PKPM, Mohammad Shamsul Hakim Ab Aziz.

Beliau berkata, tindakan Zahid mengeluarkan kenyataan sedemikian dilihat sebagai mencabul peruntukan Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Kenyataan Zahid itu umpama menghina dan mempalitkan Yang di-Pertuan Agong dalam proses politik dan ini boleh membawa keresahan rakyat serta institusi raja berperlembagaan di Malaysia.

“Berdasarkan apa yang dinyatakan Ahmad Zahid itu, maka perkara ini perlu disiasat termasuk kemungkinan pemimpin BN terbabit dalam konspirasi mencabul peruntukan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

Semalam, Zahid dalam satu kenyataan dimuat naik di Facebook, menyebut BN pada awalnya membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, namun menukar keputusan itu.

“BN mula-mula membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, kemudian berkecuali dan akhirnya menyerahkan 30 kerusi untuk pertimbangan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukannya.

“Begitu juga GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan GRS (Gabungan Rakyat Sabah).

“Hal ini berlaku selepas Yang di-Pertuan Agong menitahkan semua 30 Ahli Parlimen BN supaya menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan yang bukan diterajui oleh PN bagi memastikan sebuah kerajaan yang stabil dan makmur dapat dibentuk.

“Maka BN menjunjung titah tersebut dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan individu dan parti,” katanya seperti dipaparkan dalam Facebooknya itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok