Dah bagi UMNO jawatan KM, tapi mereka jatuhkan pula: Azmin

October 24, 2021 · Politik

Jawatan Ketua Menteri (KM) Melaka sudah diberikan kepada UMNO tetapi pemimpin mereka sendiri menjatuhkan Datuk Seri Sulaiman Md Ali yang juga dari parti sama sehingga terpaksa Pilihan Raya Negeri (PRN) terpaksa diadakan.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Azmin Ali itu berkata UMNO sudah diberikan jawatan nombor satu untuk mentadbir kerajaan negeri Melaka tetapi sebaliknya mereka masih berebut kuasa sesama mereka sehingga mengakibatkan berlakunya satu lagi krisis politik dalam negara.

“Yang jatuhkan mereka (UMNO), mereka juga… Ini yang rakyat marah,” katanya semasa dalam satu program PN di Melaka hari ini.

Azmin berkata krisis politik tidak sepatutnya berlaku pada ketika negara masih berdepan penularan pandemik Covid-19 dan PRN akan mengulangi episod sama yang berlaku di Sabah.

“Musuh kita bukan sesama kita, musuh kita adalah Covid,” katanya lagi.

Beliau juga membidas tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO yang menjadi punca kejatuhan kerajaan negeri dan menggesa supaya rakyat tidak melakukan kesilapan sekali lagi dengan memilih parti yang hanya mementingkan dan sibuk berebut kuasa.

“Kalau dia nak bergaduh sesama dia, lebih baik bagi kita jadi Ketua Menteri,” katanya.

Krisis politik Melaka berpunca daripada bekas KM Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang mengetuai gerakan menarik sokongan terhadap kerajaan dipimpin Sulaiman.

Tiga ADUN lain yang turut mengumumkan menarik sokongan ialah ADUN Pantai Kundor (UMNO), Datuk Nor Azman Hassan; Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

Susulan tindakan tersebut menyaksikan kerajaan negeri jatuh dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 18 Oktober lalu, memutuskan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini dengan kempen selama 12 hari bermula selepas perisytiharan calon pada 8 November sehingga jam 11.59 malam 19 November.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok