Covid-19 mencanak, Shahril gesa darurat tidak dilanjutkan

May 9, 2021 · Politik

Ketika kes Covid-19 sedang naik, Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan menggesa darurat tidak dilanjutkan dan ditamatkan pada 1 Ogos ini seperti mana terkandung dalam terma Pengisytiharan Proklamasi Darurat.

Naib Ketua Pemuda UMNO itu berkata, langkah itu bagi membuka semula ruang demokrasi negara setelah ‘tergantung’ sejak darurat dilaksanakan.

“Desakan-desakan UMNO untuk diadakan sidang dewan, untuk membuka Parlimen, untuk darurat itu kita harap dan kita desak.

“Saya sendiri sudah keluar kenyataan sepatutnya kita harap tiadalah Kabinet atau perdana menteri untuk memanjangkan darurat meskipun itu keputusan Yang di-Pertuan Agong tapi permohonan itu sendiri kita harap tidak datang langsung semua ini,” katanya dalam Program 75 Tahun Jubli Intan anjuran UMNO Online.

Katanya, tujuan desakan itu bertitik tolak daripada pendirian UMNO yang mahu memperjuangkan suara rakyat di dalam sidang Parlimen.

“Orang kata kita hendak menggagalkan kerajaan, tapi walhal demokrasi sekarang ini benda yang orang dulu lontarkan tohmahan bahawa UMNO ini tidak menyokong demokrasi bahawa… UMNO ini antidemokratik, bahawa UMNO tidak mendukung kebebasan, dan juga suara rakyat.

“UMNO pembuli, walhal kita nak buka balik Parlimen bukan bermakna UMNO menang, buka Parlimen rakyat menang, demokrasi menang, mestilah kena masuk sidang, wakil-wakil UMNO masih kena berdebat, apa yang orang takut sangat kita buka Parlimen ini, kononnya UMNO hendak jatuhkan kerajaan, bagi saya buka Parlimen ini, sendiri fungsi Parlimen itu tidak boleh dipertikaikan,” katanya lagi.

Untuk rekod Shahril adalah calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Langat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu tetapi tewas kepada Dr Xavier Jayakumar yang mewakili PKR.

Terdahulu meskipun darurat diisytiharkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan awam akan terus berfungsi seperti biasa di peringkat Persekutuan dan negeri bagi membendung pandemik Covid-19.

Perdana Menteri berkata Jemaah Menteri dalam nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berpendapat bahawa darurat seluruh negara perlu diisytiharkan memandangkan kes jangkitan semakin meningkat dan tidak menunjukkan tanda-tanda penurunan dalam masa terdekat.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak Covid-19 di Malaysia.

Jelas perdana menteri proklamasi darurat itu bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera, malahan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan.

Tegasnya, Ordinan Darurat diisytiharkan bagi meningkatkan penguatkuasaan keselamatan dan ketenteraman awam ketika negara berdepan dengan penularan pandemik Covid- 19.

Peningkatan kes baharu Covid-19 kini kian meruncing apabila ia telah mencecah lebih 4,000 dan Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggarkan kes positif harian Covid-19 boleh meningkat sehingga 5,000 dan terus melonjak kepada 10,000 kes seperti berlaku di India sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dilaksanakan dengan segera.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
15 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok