Contohi negeri PN salur peruntukan kepada pembangkang, Bersih gesa kerajaan campuran

August 26, 2023 · Politik

Kerajaan campuran digesa mencontohi negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) yang menyediakan peruntukan sama rata kepada semua wakil rakyat, termasuk daripada pembangkang.

Gesaan tersebut dibuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ekoran kerajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak memberi peruntukan kepada Ahli Parlimen PN selepas hampir 8 bulan lebih memerintah.

Mengingatkan kerajaan campuran Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) tentang janjinya untuk memperuntukkan Dana Pembangunan Kawasan Pilihan Raya (CDF) sama rata kepada semua wakil rakyat, Bersih menggesa kerajaan persekutuan serta semua sembilan negeri termasuk Sabah dan Sarawak supaya segera menggubal dan menyediakan dana yang sama rata untuk semua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tanpa mengira fahaman politik.

“Pemberian peruntukan CDF yang sama rata tanpa melihat kepada gabungan politik seperti yang dimulakan oleh kerajaan Perak di bawah pimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad sejak 2020 dan kini diikuti oleh kerajaan Kelantan perlu diteladani dan diikuti oleh negeri-negeri lain.

“Kematangan politik seperti yang dilakukan di Perak dan Kelantan adalah jalan ke hadapan untuk negara bergerak ke arah politik yang lebih profesional dan tidak menghukum hanya kerana berbeza ideologi politik,” kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Rabu lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud memberi jaminan semua ADUN negeri itu akan menerima peruntukan sama daripada kerajaan negeri.

Beliau berkata pihaknya akan berlaku adil kepada semua wakil rakyat sama ada daripada pembangkang kerana mereka dipilih rakyat.

“Walaupun aliran politik berbagai-bagai, pilihan raya telah selesai, yang ada ialah wakil rakyat iaitu wakil kepada rakyat,” kata Nassuruddin.

Bersih juga berkata adalah tidak wajar Perdana Menteri mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang dan kemudian meminta ketua pembangkang daripada PN berunding dengan kerajaan persekutuan mengenai perkara itu.

Menurut gabungan itu kerajaan campuran PH-BN bukan sahaja bertanggungjawab melaksanakan manifesto di peringkat persekutuan dan di semua negeri di bawah pimpinannya tetapi juga merundingkan pakej undang-undang CDF yang sama rata dalam persekutuan dan semua 13 negeri, termasuk yang diperintah oleh PN, GPS dan GRS.

“Penafian CDF sama rata di kawasan yang dimenangi wakil rakyat pembangkang merupakan satu bentuk hukuman kepada rakyat.

“Sekalipun jika peruntukan itu diturunkan pula melalui penyelaras kawasan parti kerajaan yang sering kali bakal dijadikan calon, ia tetap penyalahgunaan sumber kerajaan untuk tujuan kepartian secara keji.”

Menyebut apa yang dipanggil sebagai kes paling ekstrem, Bersih berkata di Sarawak, ADUN kerajaan menerima peruntukan minimum RM8 juta setahun manakala wakil pembangkang diberi RM0, sambil menambah situasi sedemikian tidak boleh diterima.

“Malah pemberian peruntukan tidak saksama seperti yang diamalkan oleh kerajaan Selangor, Pulau Pinang, Johor, Pahang – di mana ADUN kerajaan diberi lebih peruntukan daripada ADUN pembangkang – juga amalan lapuk yang tidak selari dengan nilai (kerajaan) Madani,” katanya.

PN mengekalkan penguasaan di Kedah, Terengganu dan Kelantan – tiga negeri sebelum ini di bawah pentadbirannya – pada pilihan raya 12 Ogos.

Ia juga berjaya menembusi Selangor dan Pulau Pinang, yang dipertahankan oleh PH-BN bersama Negeri Sembilan.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok