Chegu Bard serah bukti rumah, tanah dan kereta mewah PMX kepada SPRM

July 11, 2023 · Politik

Bukti berhubung dakwaan pemilikan rumah, tanah dan kereta Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Penyerahan bukti berhubung aset harta dan koleksi tersebut dibuat Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegu Bard di Pejabat SPRM Putrajaya hari ini.

Antara bukti yang diserahkan melibatkan kediaman milik Anwar tetapi didaftarkan atas nama seorang individu lain, koleksi kereta mewah dan juga tanah bernilai jutaan ringgit di Port Dickson ketika beliau menjadi Ahli Parlimen di situ.

“Saya akan serahkan beberapa butiran atau pun dokumen sebagai sokongan, dimana saya telah menerima sekeping salinan surat
yang ditandatangani oleh Shukri Saad yang merupakan Timbalan Sulit kepada Perdana Menteri Malaysia,” katanya semasa sidang media di depan pejabat SPRM hari ini.

Menurut Badrul HIsham, menerusi dokumen tersebut mendedahkan berhubung rumah yang didiami oleh Anwar di Kajang adalah atas nama seorang ahli perniagaan dan bukan nama peribadi pemimpin Pakatan Harapan (PH) tersebut.

“Persoalannya, bagaimana seorang Perdana Menteri menjadikan banglo mewah milik seorang ahli perniagaan sebagai kediaman peribadi,” katanya lagi.

Jelasnya, ia merupakan kali pertama apabila seorang Perdana Menteri menetap di sebuah rumah milik orang lain dan bukan diri sendiri.

Antara dokumen yang diserahkan berhubung rumah didiami Anwar adalah bil air, elektrik dan beberapa dokumen sokongan yang lain.

Selain itu, Badrul Hisham juga membangkitkan berhubung isu pengisytiharan harta yang sebelum dibuat Anwar dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“Soalnya, pengisytiharan dibuat sebelum ini benar atau palsu?” katanya lagi.

Turut didedahkan Badrul Hisham berhubung empat kenderaan bernilai keseluruhan dianggarkan RM300 ribu tetapi ia tidak dimasukkan dalam pengisytiharan harta dilakukannya sebelum ini.

“Anwar tidak isytihar di SPRM, dia hanya isytihar di laman web PKR sahaja,” ujarnya lagi.

Berita berkaitan
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
9 jam lalu· Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Apa khabar vending machine? Fadhli sindir Rafizi
August 25, 2023
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
PN calonkan bekas Ahli Parlimen UMNO sebagai Speaker Parlimen
December 13, 2022
Nazri bidas Zahid jangan memandai-mandai buat keputusan bersendirian
June 21, 2021
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok