Calon PM pembangkang, Anwar akan dicabar Shafie

April 11, 2021 · Politik

Bukan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja calon perdana menteri (PM) bagi blok pembangkang, nama Presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal juga disebut-sebut berada dalam perlumbaan bagi jawatan nombor satu itu.

Presiden PKR sebelum ini diumumkan gabungan Pakatan Harapan (PH) sebagai calon perdana menteri mereka, namun WARISAN dijangka tidak memberi laluan mudah kepada Ketua Pembangkang itu memandangkan mereka juga mahu meletak Shafie dalam senarai calon jawatan tersebut.

“Selepas hampir 60 tahun, akhirnya seorang anak Sabah mula disebut-sebut sebagai calon PM. Beliau adalah Datuk Seri Panglima Shafie Apdal.

“Ini menunjukkan bahawa Sabah telah mula mendapat perhatian dan pengiktirafan di peringkat nasional,” kata Naib Presiden WARISAN, Datuk Junz Wong dalam satu kenyataan.

Beliau juga menempelak langkah PH yang mengumumkan nama Anwar sebagai calon PM mereka walhal pemimpin-pemimpin dari Borneo juga apa kurang hebatnya.

“Sejak pembentukan Malaysia pada tahun 1963, tidak ada satu pun pemimpin dari Sabah Sarawak yang pernah dicalonkan sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Kenapakah PM yang dicalonkan selama ini cuma pemimpin-pemimpin Semenanjung Malaysia, walaupun sumbangan Sabah Sarawak kepada Malaysia cukup besar?” katanya lagi.

Spekulasi mengatakan WARISAN berkemungkinan akan melebarkan sayap mereka dengan menjalin kerjasama dengan parti baharu, MUDA yang ketika ini masih belum mendapat kelulusan pendaftaran mereka daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Baru-baru ini, Anwar terpalit dalam satu pakatan sulit dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas tular perbualan mesra mereka berdua dalam satu klip audio semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) baru-baru ini.

Perbualan kedua-dua pemimpin itu sangat mesra dengan mereka saling bertukar pandangan berhubung ucapan perwakilan ketika perhimpunan baru-baru ini.

Anwar selepas itu memanggil mesyuarat bersama pimpinan PH sebaik kontroversi tersebut dan tergesa-gesa satu kenyataan dikeluarkan dengan gabungan itu menamakannya sebagai calon PM.

Zahid pula diserang setiap penjuru dengan mendesaknya supaya meletak jawatan ekoran kontroversi klip audio itu.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
20 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok