Bubar DUN Sarawak? Tunggu dan lihat, kata Abang Johari

October 21, 2021 · Politik

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau sudah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah baru-baru ini.

Bagaimanapun, tegasnya beliau hanya membincangkan hal berkaitan Proklamasi Darurat (Sarawak) serta situasi Covid-19 di negeri itu dan tidak membincangkan untuk mengadakan sebarang Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12), lapor Utusan Malaysia.

“Ya, saya sudah menghadap baginda (Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah), tetapi perbincangan itu hanya tentang proklamasi darurat di Sarawak serta situasi Covid-19, bukan berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak,” katanya.

Tambahnya lagi, desas-desus pembubaran DUN Sarawak yang akan diumumkan esok hanya sekadar khabar angin.

“Saya pun terkejut apabila melihat khabar berita berhubung pembubaran DUN Sarawak, tetapi apa yang boleh saya katakan…kita tunggu dan lihat saja,” jelasnya.

Ditanya berhubung persediaan kerajaan negeri menjelang PRN-12, Abang Johari berkata segala keputusan dan persiapan terpulang kepada pengumuman Yang di-Pertuan Agong.

Terdahulu, desas-desus pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan diumumkan pada hari ini ataupun esok bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) mula kedengaran.

Pada Ogos lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu sehingga 2 Februari tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Premier Sarawak nafi anak mahu ambil alih MYAirline
October 12, 2023· Isu semasa
SPRM tahan empat individu bantu siasatan rasuah projek air Sarawak
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
UMNO Bangi tak pernah dijemput, tapi boleh pula Noraini ajak wakil DAP
May 17, 2021
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
9 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok