Bimbang UMNO bukan lagi wadah Melayu, hanya pelengkap kerajaan

June 21, 2023 · Politik

UMNO hari ini dilihat hanya menjadi pelengkap kepada kerajaan hari ini dan dibimbangi tidak lagi menjadi wadah utama perjuangan orang Melayu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Datuk Pandak Ahmad melahirkan kebimbangan itu apabila melihat usaha-usaha yang tidak meyakinkan mutakhir ini.

“Saya menaruh harapan agar UMNO masih lagi menjadi pilihan utama masyarakat Melayu tetapi kebimbangan saya adalah terdapat usaha-usaha yang tidak meyakinkan akhir-akhir ini bahawa parti ini masih dominan dalam politik tanah air

“Ini adalah kerana dalam kerajaan hari ini, kita lebih banyak memainkan peranan sebagai pelengkap sahaja dengan jumlah 26 kerusi Parlimen. Jadi, perlu dijelaskan adakah jumlah kerusi dapat ditambah pada masa depan atau akan terus kekal begitu?

“Jadi, apa yang boleh dibuat, kepimpinan parti perlu memberi penjelasan bukan sahaja kepada perwakilan yang hadir dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, malah lebih penting kepada akar umbi dan penyokong,” katanya, lapor Utusan.

Beliau yang merupakan bekas Setiausaha Kerja UMNO Johor berpendapat langkah memberi penjelasan akan dapat ‘melembutkan’ hati ahli khususnya di peringkat akar umbi yang mungkin masih tidak jelas tentang peranan parti dalam kerajaan hari ini.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Rafizi perlekeh kajian terbaharu Merdeka Center dakwa ‘rating’ Anwar jatuh
November 26, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok