Bersatu umum Ketua Sayap Bersekutu baharu ganti MP Segamat

August 3, 2022 · Politik

Dr Chong Fat Full dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu Bersatu yang baharu bagi menggantikan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara yang berundur sebelum ini.

Pengumuman lantikan tersebut dibuat selepas Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) bermesyuarat semalam yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata langkah melantik Fat Full akan diharap dapat merancakkan lagi gerak kerja parti ke arah persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15)

“Pelantikan-pelantikan ini adalah sebahagian daripada ketetapan penting bagi melengkapkan struktur organisasi pilihan raya parti di peringkat pusat dan ianya juga mencerminkan kesiapsiagaan Bersatu menghadapi PRU-15 pada bila-bila masa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Bersatu juga mengumumkan pelantikan Puan Nur Fadzilah binti Kamaluddin sebagai Ketua Sayap Srikandi Muda (Penaja) dan Cik Suhainna binti Jamri sebagai Naib Ketua Sayap Srikandi Muda (Penaja).

Dalam pada itu, Fat Full menghargai lantikan tersebut dan menyasarkan untuk menarik lebih banyak penyertaan bukan Melayu ke dalam parti itu.

Justeru, beliau akan segera merangka strategi bagi merealisasikan rancangan itu sebagai persediaan berdepan PRU-15 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Sebaik sahaja dilantik sebagai Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, saya mahu menarik lebih ramai dalam kalangan orang bukan Melayu sertai Bersatu.

“Saya turut terharu dan berbesar hati dengan kepercayaan pucuk pimpinan Bersatu ini. Justeru, tanggungjawab yang diberikan ini akan digalas sebaik mungkin dengan membantu parti.

“Saya akan segera mengadakan mesyuarat bersama pimpinan sayap termasuk di negeri bagi merangka pelan serta strategi bagi menarik sokongan kaum bukan Melayu terhadap parti,” katanya dipetik laporan media.

Dalam pada itu, Fat Full berkata Santhara yang juga mantan ketua sayap berkenaan turut memberi jaminan akan memberi bantuan sewajarnya.

“Santhara adalah pemimpin berpengalaman dan sudah pasti kami akan memanfaatkan pengalamannya bagi mengukuhkan sayap ini,” katanya.

Menurut beliau, Sayap Bersekutu Bersatu perlu bekerja keras bagi menangkis salah faham masyarakat bukan Melayu terhadap parti selain menangkis kritikan parti lawan.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Atas permintaan akar umbi dan MPT, Muhyiddin akan tawar diri kekal sepenggal lagi
November 25, 2023· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
9 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok