Bersatu Perak sedia terima keputusan terhadap MP Kuala Kangsar, termasuk pecat

October 23, 2023 · Politik

Sebarang tindakan susulan yang akan diambil terhadap Ahli Parlimen (MP) Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid sedia diterima Bersatu Perak, ia termasuk kemungkinan memecatnya.

Setiausahanya, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata sebarang tindakan disiplin melibatkan Iskandar Dzulkarnain susulan keputusan menyokong kerajaan campuran hanya boleh diputuskan pemimpin peringkat pusat.

“Kita mengambil pendirian untuk menyerahkan isu Datuk Iskandar kepada pimpinan tertinggi dan PN (Perikatan Nasional) Pusat sebab Bersatu negeri tidak ada locus standi untuk bertindak.

“Kita tak boleh ambil apa-apa tindakan sebab tak ada kuasa nak pecat walaupun ada cadangan di kalangan ahli jawatankuasa negeri, tetapi kita tak boleh buat, lagi pun lantikan (Bendahari Bersatu Negeri) dibuat oleh ketua badan pimpinan,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Jelasnya, pimpinan Bersatu Perak juga sudah mengadakan pertemuan bersama beberapa ahli Parlimen dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak serta wakil pimpinan di peringkat bahagian pada 17 Oktober lalu bagi membincangkan isu tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata Iskandar Dzulkarnain juga masih kekal sebagai Bendahari Bersatu Perak selagi belum ada keputusan dibuat oleh pimpinan tertinggi.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan nasib Iskandar Dzulkarnain akan ditentukan di dalam mesyuarat pimpinan tertinggi Bersatu pada Khamis ini.

Minggu lalu, Iskandar Dzulkarnain mengumumkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas meneliti rintihan berterusan pengundi dan menitikberatkan keperluan mendesak untuk menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup yang melanda kawasannya.

Susulan kenyataan itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin memaklumkan suatu mesyuarat akan diadakan dalam beberapa hari lagi untuk membincangkan perkara itu, sekali gus memutuskan tindakan selanjutnya ke atas Iskandar Dzulkarnain.

Sebelum ini, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang melalui satu kenyataan, mendakwa Iskandar Dzulkarnain diugut supaya menyokong kerajaan dan jika enggan berbuat demikian, akan didakwa atas kesalahan rasuah.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
6 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
24 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok