Belum ada UMNO Bahagian calonkan Zahid sebagai PM Ke-10

October 15, 2022 · Politik

Setakat ini, masih belum ada mana-mana UMNO Bahagian yang mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri Ke-10.

Dalam laporan media sepanjang Mesyuarat UMNO Bahagian yang sedang berlangsung ketika ini, nama Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob secara terbuka diumumkan sebagai calon PM sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang bakal diadakan pada masa terdekat.

Untuk rekod, antara UMNO Bahagian yang mengusulkan nama Ismail Sabri sebagai calon PM adalah Ketereh, Alor Gajah, Hulu Terengganu, Jelebu dan beberapa bahagian lain.

Langkah membuat ketetapan dengan usul tersebut dibuat selari dengan pendirian Majlis Tertinggi UMNO sebelum ini yang mencalonkan Ismail Sabri sebagai ‘poster boy’ bagi UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Ketua Bahagian Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata keputusan itu senada ketetapan yang dibuat badan tertinggi itu sebelum ini dan ia mendapat sokongan akar umbi parti tersebut.

“Keputusan memilih Datuk Seri Ismail Sabri adalah kesinambungan daripada apa yang diputuskan dalam mesyuarat MKT yang sudah membuat keputusan sebelum ini.

“Ini keputusan parti yang kemudian disambut oleh akar umbi dalam kita membuat satu kemuafakatan demi kebaikan UMNO bagi menghadapi PRU kali ini,” katanya lagi.

Bagaimanapun, media sebelum ini melaporkan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN baru-baru ini tidak membincangkan berhubung siapa bakal jadi calon PM.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengesahkan perkara itu.

“Calon Perdana Menteri tiada dibincangkan, kita bincang mengenai manifesto namun ada beberapa perkara masih belum dimuktamadkan.

“Kami PBRS masih ada beberapa perkara mahu diketengahkan dan cadangkan,” katanya dipetik laporan media sebelum ini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut mengesahkan tiada perbincangan mengenai calon PM, sebaliknya tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

Turut mengesahkan perkara sama, Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memaklumkan calon PM tidak dibincangkan.

Katanya, perbincangan tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihan raya dan manifesto parti.

“Manifesto tertumpu kepada kebajikan dan pembelaan rakyat, manakala calon baharu sentiasa diberikan penekanan berdasarkan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya.

Perkembangan terbaharu ini menimbulkan tanda tanya adakah Ismail Sabri akan dikekalkan sebagai calon PM atau sebaliknya.

Ismail Sabri baru-baru ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga walaupun musim banjir semakin dekat.

Berita berkaitan
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
11 jam lalu· Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
11 jam lalu· Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
11 jam lalu· Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu· Politik
Popular
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
24 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023 · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023 · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
6 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok