Bekas Exco Pemuda UMNO sah sertai Perikatan Nasional

August 2, 2023 · Politik

Perikatan Nasional (PN) menjadi pilihan Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin yang mengesahkan kemasukkan ke dalam gabungan tersebut.

Muqharabbin yang juga bekas Exco Pemuda UMNO itu mengesahkan kemasukkan ke PN selepas menolak langkah Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mengkhianati pendirian “No Anwar. No DAP” selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Apa guna mesyuarat tiap-tiap bulan akhirnya ditipu hidup-hidup dan diperbodohkan.

“Saya lebih percaya kepada kekuatan Muafakat Nasional (MN) yang sewajarnya menerajui negara tetapi apakan daya, segelintir pemimpin UMNO telah merosakkan segala usaha yang dibina.

“Saya memilih masuk PN hari ini selepas hari penamaan calon agar rakyat tahu, saya bukanlah mengejar jawatan dan calon sebaliknya ingin memperkukuhkan penyatuan bangsa Melayu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Beliau menambah, meskipun tidak lagi bersama UMNO, parti itu akan sentiasa dihormati dan sayangi.

“Saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada semua dalam UMNO yang pernah bersama-sama berjuang kerana ia adalah pengalaman dan kenangan kita yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit.

“Lagi-lagi ketika kita kali pertama menjadi pembangkang. Habis semua kita bergadai bersama bersengkang mata membawa parti kembali bernyawa.

“Saya masih ada kawan-kawan dalam UMNO yang hebat dan baik dan mereka tetap sahabat saya. Mana tahu esok lusa PN dan BN kembali bergabung kan,” ujarnya.

Katanya lagi, tindakan keluar daripada UMNO dibuat dengan cara baik bukannya keluar Islam.

“Jadi saya pesan, jadilah orang yang memperjuangkan Islam dan orang Melayu yang beradab dan bermaruah,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Lembah Pantai itu itu juga menggesa kerajaan menunaikan janji kepada pengundi dan rakyat kerana apa yang terjadi kini adalah sebaliknya.

“Yang baik saya sokong yang tidak betul saya perlu suarakan asalkan rakyat mendapat manfaat.

“Kos sara hidup meningkat, ekonomi merudum, ringgit jatuh teruk, minyak tak turun-turun, gaji tidak naik, elektrik naik, OPR (Kadar Dasar Semalaman) bank mencanak, harga barang tidak mampu dikawal, akhirnya rakyat jadi mangsa,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
14 jam lalu· Politik
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
October 2, 2023· Isu semasa
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok