Bantuan banjir, kerajaan PH-BN dibidas jangan amal politik sempit: Penganalisis

January 14, 2023 · Politik

Kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) digesa tidak mengamalkan politik sempit dengan mengenepikan pemberian bantuan banjir kepada kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu.

Penganalisis politik, Dr Zaharul Abdullah menyifatkan langkah kerajaan campuran PH-BN menyalurkan bantuan banjir menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) sebagai tidak wajar kerana ia dilihat sebagai alat politik kerajaan pusat.

“Kerajaan Pusat juga perlu menyalurkan bantuan pembangunan secara terus kepada kerajaan negeri walaupun berada di bawah pembangkang, bukannya melalui JPP.

“Meskipun penubuhan JPP ada justifikasi, tetapi ia lebih dilihat sebagai alat politik Kerajaan Pusat.

“Mengambil semangat Kerajaan Perpaduan dan Federalisme, peranan JPP perlu dihadkan dan sebahagian besar bantuan pembangunan perlu disalurkan terus kepada kerajaan negeri pembangkang,” katanya dipetik laporan BH.

Penganalisis Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu juga membidas langkah kerajaan PH-BN itu sebagai membelakangkan semangat federalisme yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan menggesa supaya Perdana Menteri ‘cakap serupa bikin’.

“Tindakan ini menunjukkan Kerajaan Perpaduan tidak menghayati semangat Federalisme. Ia menunjukkan sistem negara kita kekal bersifat ‘quasi-federal’ iaitu hubungan pusat dan negeri yang tidak seimbang di mana kuasa menumpu kepada Kerajaan Pusat.

“Ya, ia bercanggah…reformasi hubungan Pusat dengan negeri juga sangat tertumpu kepada Sabah dan Sarawak melalui usaha merealisasikan peruntukan serta semangat MA63.

“Keadilan juga perlu diberikan kepada negeri Kelantan dan Terengganu yang lebih ketinggalan dari segi pembangunan,” katanya lagi.

Beliau mengulas pendedahan kerajaan negeri Kelantan yang tidak menerima bantuan banjir RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, dilaporkan berkata sebaliknya bantuan banjir itu disalurkan oleh kerajaan Pusat kepada JPP Kelantan.

Nasib sama dihadapi Kerajaan Terengganu, apabila peruntukan mangsa banjir di negeri itu disalurkan menerusi JPP negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
15 jam lalu· Politik
278 mangsa banjir di tiga negeri masih ditempatkan di PPS
January 17, 2024· Isu semasa
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Banjir: Kelantan dan Perak catat peningkatan mangsa dipindahkan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok