Anwar nafi akan tanding Ampang, tapi tempat anak murid bagaimana?

September 25, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya masih berteka-teki berhubung kerusi Parlimen yang akan ditandinginya dan masih belum memuktamadkan kawasan yang hendak dipilih.

Presiden PKR itu menurut laporan berkata masih belum mengumumkan secara rasmi kerusi yang mana akan ditandingi dan terbaharu menafikan akan bertanding di Ampang walaupun terdapat khabar angin bakal mencabar penyandangnya yang juga bekas wakil PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin.

“Saya tak umum pun akan bertanding di Ampang,” katanya dipetik laporan Bernama merasmikan Himpunan Wanita PKR di Batu Kawan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon yang mendakwa Ketua Pembangkang itu akan bertanding di Parlimen Ampang.

Mohd Rashid, yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, dilaporkan berkata Anwar kini menyasarkan Parlimen Ampang pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) kerana ia kerusi pilihan pemimpin Pakatan Harapan (PH) itu yang tidak yakin akan mendapat sokongan pengundi Melayu.

Namun, pemerhati politik berpendapat Anwar lebih sesuai melawan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Bagan Datuk jika mahu menjadi Perdana Menteri selepas PRU-15.

Memandangkan setakat ini Anwar masih belum memuktamadkan kerusi mana yang akan ditandinginya, lebih baik jika beliau mencabar Zahid kerana statusnya selaku Presiden UMNO.

Malah, Zahid juga berkemungkinan besar bakal pencabar utama bagi jawatan nombor satu negara sekiranya UMNO dan Barisan Nasional (BN) memenangi PRU-15 nanti.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Anwar berani berhadapan anak muridnya atau tidak memandangkan difahamkan kedua-duanya mempunyai hubungan peribadi yang agak rapat.

Berita berkaitan
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan sementara Melaka, bekas EXCO berebut sebuah kereta
October 10, 2021
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
22 minit lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
20 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok