Anwar ke Simpang Renggam umum Maszlee sertai PKR esok?

November 26, 2021 · Politik

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal mengumumkan penyertaan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik bersama partinya dalam satu program esok.

Bekas pengikut setia Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebelum ini keluar Bersatu dan menyertai Pejuang kemudiaan bertindak keluar parti itu juga kini menjadi anak emas kepada Anwar yang masih mengejar cita-citanya menjadi Perdana Menteri (PM).

Difahamkan, Maszlee bakal menyerahkan beratus borang keahlian PKR disamping penubuhan beberapa ranting parti tersebut yang akan dirasmikan oleh Anwar sendiri.

Terdahulu, tular poster yang memaparkan Anwar dan Maszlee akan menyertai satu program di Simpang Renggam esok.

Dalam poster itu, Maszlee dilihat mengenakan pakaian dengan lambang PKR.

Maszlee sebelum ini seorang ahli akademik dan menyertai Bersatu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

Untuk rekod, Maszlee belum mengumumkan parti yang disertainya sejak menarik diri untuk bersama dengan parti diterajui Dr Mahathir.

Maslee pada November 2020 mengumumkan penarikan diri daripada Pejuang, selepas beberapa bulan menyertai parti tersebut.

Katanya, beliau mahu menumpukan sepenuhnya usaha untuk membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19 atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Pada Ogos 2020 lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan Pejuang yang berasaskan kepada perjuangan Melayu.

Selain Maszlee, Pejuang turut diasaskan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; bekas Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Marzuki Yahya; Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ketua Bahagian Bersatu Alor Setar, Datuk Mohamad Nuhairi Ahmad.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
[KEMAS KINI] SPRM, polis siasat surat akujanji sokong Zahid jadi PM
November 3, 2022
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
15 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok